Dalam diam, rupanya semakin ramai lelaki Malaysia yang mencari jodoh dan mahu menjalani kehidupan berkeluarga di Kemboja.
Selepas Thailand, Kemboja juga kini perlahan-lahan menjadi lokasi baru pencarian jodoh lelaki Melayu yang mahu jadikan wanita Kemboja isteri pertama atau kedua.
Kos hidup rendah, proses nikah mudah
Menurut Harian Metro, wartawan mereka pernah ditawarkan untuk mengahwini gadis tempatan oleh penduduk setempat ketika menyertai satu misi kemanusiaan di Kemboja baru-baru ini.
Kata lelaki dikenali sebagai Ustaz Muzaffar itu, ramai memilih wanita Kemboja kerana kos hidup lebih rendah dan proses pernikahan yang mudah.
Malah, di perkampungan Islam sekitar Phnom Penh dan Kampot, ada keluarga yang terbuka menerima lelaki Malaysia sebagai menantu selagi mereka ikhlas dan bertanggungjawab.
Di sini, cukup ada kad pengenalan, wali, dua saksi dan lafaz. Tak sampai separuh pun belanja kahwin di Malaysia.
Akhlak wanita Kemboja memikat hati
Sementara itu, seorang lelaki Malaysia yang sudah menetap di Kampot, Kemboja sejak 10 tahun lalu, Firdaus berkata hatinya terpaut bukan kerana rupa paras namun akhlak wanita tempatan begitu menenangkan.
Firdaus berkahwin dengan wanita tempatan di Kampot dan kini sudah memiliki dua orang anak hasil perkahwinan.
Mereka tidak minta banyak… cukup makan, cukup pakai, sudah memadai. Tak perlu barang mewah, tak perlu permintaan keterlaluan. Itu yang buat saya rasa ‘ringan’ untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.
Kata Firdaus, kebanyakan wanita Muslim di kampung di Phnom Penh dan Kampot hidup serba kekurangan namun masih mengekalkan sopan santun, taat pada agama dan sangat menghormati suami.
Akhlak mereka memang memikat. Mereka sangat jaga maruah, menghormati orang tua dan pandai ambil hati. Itu perkara yang saya rasa makin susah nak jumpa di tempat lain.

Gambar hiasan
Antara faktor yang mendorong kepada hubungan ini ialah bantuan dan keprihatinan rakyat Malaysia yang sering turun padang ke kawasan pedalaman, membantu daripada segi makanan, pendidikan dan kebajikan.
Bila kita datang hulur bantuan, mereka rasa terhutang budi. Ada keluarga yang ajak datang makan, lama-lama jadi rapat…kemudian datang pula ‘cadangan’ untuk jadi sebahagian keluarga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.