August 21st, 2020

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil menjelaskan maksud sebenar pembedahan Bariatric kepada netizen setelah ada yang mendakwa bahawa pembedahan itu merupakan prosedur untuk membuang lemak.

Menurut Abby, dia pernah melakukan pembedahan tersebut yang merupakan prosedur menebuk di beberapa bahagian supaya dapat mengurangkan kapasiti perut.

Dia dilihat tampil menangkis dakwaan itu di laman instangram miliknya baru- baru ini. Dalam pada masa yang sama, Abby turut memaparkan beberapa keping foto perubahan sebelum dan selepas dia menjalani prosedur itu.

View this post on Instagram

Rakyat Melezia ? Gambar pertama: Berat dah berat dah masa tu.. kurang lebih dah 79/80 ? Ramadhan 2020 . Gambar kedua: Selepas PKP, naik mendadak.. 92kg dgn ketiggian 164cm, mmg nmpk bengkak sana sini. Tapi tak sampai kategori badak lagi k hihi.. Dobok2 manja bak kata @azzaelite ? . Gambar ketiga: Hari ni.. selepas 20hari Bariatric.. dpt rasa inci kurang byk, tp berat tak byk turun.. masih 5/6kg jugak. Baru lagi… terima seadanya.. Yelah! nk cepat2 nk gi manakan? exercisepun malas, caner haha ?? Tapi gmbr ni nmpk kurus sgt konon sbb angle. Suami ambil 20 kali baru dpt ?? . Tu cerita gmbr, nk bagi faham.. Tapi Segelintir Rakyat Melezia mmg suka hentam kromo je kalau nk berkomen kat laman sosial.. geram je kita. Nasiblah kalau kena block sbb kita cepat terperanjat ?? . Kita sembang baik punya pasal Bariatric Surgery yg kita buat dgn @dr.mustafamt , paling jujur dah rasanya cerita dari mula sampai lah perkembangan terkini, tiba2 masuk kata kita buang lemak.. bulehlah kurus bayar puluh2 ribu.. ayooo! Bariatric surgery tu bkn buang lemak yang… tak kurus tiba2 pun… dia sejenis penebukkan pada beberapa bahagian perut utk kecikkan kapasiti perut tu supaya SAKA makan kita berkurang.. faham?? ?? . Masa buat tak sedar, dah sedar sakit sikitlah manja2.. mcm Sy sesak nafas sikit haritu.. pastu mlm tidur lena. Esok tu dah buleh bergerak mcm biasa. Kul 10am dah siap2 mandi nk balik.. sekejap je sakit (utk sy lah.. kalau yg ada mcm2 masalah kesihatan, mungkin berbeza. Kena refer doc mustafa ye ? . Berat lepas buat hari pertama tak berganjakpun sbb baru sgt kan.. lepas pada tu mmg takde selera nk makan sgt. Kalau makan pun, tak buleh byk, tumpang2 je pinggan org.. gitulah kaedahnya ya.. Seminggu sblm buat kena minum susu je. 2 minggu pertama pulak lepas buat, minum susu dgn makan kuah/sup2 je. (No minyak/no sugar/ no apa lagi? lupa ??) . Dari situlah mula turun sikit demi sikit berat kita tu. Bukan sbb dah buat, tiba2 kurus.. lambert lagi ??? Dah episod ke 6 ke, ke tujuh kita bercerita.. ditanya lagi, tanya lagi.. Ada tu tak tanya, tuduh ikut selera.. rotan nanti baru tahu ? #BariatricJourneywith @dr.mustafamt #siaranulangan

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

“Ayooo! Pembedahan Bariatric itu bukan buang lemak yang..tak kurus tiba-tiba pun. Dia sejenis penebukkan pada beberapa bahagian perut untuk kecikkan kapasiti perut tu supaya saka makan kita berkurang. Faham?”

Abby turut menceritakan bagaimana keadaannya selepas menjalani pembedahan tersebut dan meminta mereka di luar sana yang berkeinginan menjalani pembedahan itu supaya menasihatkan pakar yang bertauliah.

View this post on Instagram

?Set Dayana ? Sesuai utk semua wanita2 terutama yg suka bergaya tp dalam masa yg sama tetap berusaha utk menjaga hal DIA. Design terhad.. tp size jangan risau.. daei berat 55kg hingga 130/140kg buleh pakai. Kita buat dua free size ye.. Click je no Whatspp di bio IG Sy, kita bincang . Kalau jadi, yg dekat2 buleh di COD. Yg jauh kita poskan ye. Marilah mari. Harga asal RM189, skrg dah murah lagi rm139 je tau hehe.. Ni pakai 5/10 tahunpu tak rosak apapun walaupun dibasuh mesin hehe.. kira balik modal dah la tu ? . click no whatspp di bio IG Sy utk terus berurusan ye. 0193595121/0139252112. Sy tunggu. Beli baju ada benda nk bg free. Walaupun kecil, tp bila pakai ALLAH sayang lebih tau.. Laii laiii ??? . ps: Ini kawan2 Sy yg sama2 dgn Sy berniaga & berharap hanya pada ALLAH: @ecahgojes sanitizer bidara/ mcm2 adalah hehe @jaiezzany gadget/ facemask/ rempeyek ? @azzaelite kaftan cantik, tudung insaf, bedak sejuk @azlanazza kurta / kemeja batik @puteh_amy choco jar, serunding mcm2 lagi? @huraizah_jaja sambal Pawana? @adiempire88 mangga/jambu assamboik ?? @memeysuhaiza @normey.hq ? @normanhakim_786 @babybalmbam ? @syafiq_norz air khatira? @_salinasaibi_ korset ?? @aerinsaibi kasut, handbag??? @shafirasaibi tauhu bergedil ????? @zarinazainuddin_ pulut kuning.

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

“Esok tu dah boleh bergerak macam biasa. Pukul 10 pagi dah siap-siap mandi nak balik. Sekejap je sakit (untuk saya lah). Kalau yang ada macam-macam masalah kesihatan, mungkin berbeza. Kena rujuk doktor Mustafa ye..”

Dia sebelum ini mendedahkan berat badannya turun hampir lima kilogram hanya selepas dua minggu proses pembedahan itu berlaku.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...