ProPILOT Park Ryokan: Sandal Keluaran Nissan Yang Mampu Parking Sendiri

Trending

ProPILOT Park Ryokan: Sandal Keluaran Nissan Yang Mampu Parking Sendiri

ProPILOT Park Ryokan merupakan sandal yang mempunyai fungsi khas untuk bergerak ke kedudukan yang tersusun apabila pengguna tidak meletak sandal ke tempat yang disediakan.

Advertisement

Syarikat automobile dari Jepun iaitu Nissan telah memperkenalkan sandal yang mampu “parking” sendiri dan syarikat itu juga menggunakan sandal ini di pejabat mereka.

Direka berdasarkan system kenderaan self-driving ‘LEAF’ Nissan, sandal ini mempunyai beberapa camera yang mampu menentukan arah untuk pergi ke tempat ia diletak. Dengan menekan butang, sandal ini secara automatik akan kembali ke tempat “parking” nya. Apabila ditekan sekali lagi, sandal ini akan bergerak ke arah pemiliknya.

Bukan sandal sahaja, Nissan juga membangunkan meja, kerusi dan beberapa perabot rumah yang mampu bergerak sendiri. Bayangkan jika rumah anda berselerak, dengan hanya menekan satu butang, ruang rumah anda kembali kemas semula.

Rekaan ini adalah kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang teknologi pandu sendiri serta potensi yang dimiliki oleh system ini pada masa akan datang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...