Pengacara, pelakon dan usahawan Neelofa sekali lagi menjadi bahan bualan Netizen apabila mempromosikan satu produk suplemen peninggi badan di Instagram.
Informasi mengenai produk itu dimuat naik ke akaun Instagram Neelofa semalam. Mungkin kerana ia mendapat kritikan, ia kini tidak lagi kelihatan di Instagram Neelofa.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Ini kerana, selepas plat pertumbuhan dalam tulang manusia tertutup, badan tidak akan meninggi lagi. Seseorang bagaimanapun boleh kelihatan lebih tinggi dengan mempraktikkan postur duduk dan berdiri yang betul.
Anggaran tumbesaran ketinggian terhenti sekitar 21 tahun untuk lelaki dan 18 tahun untuk wanita.
Saja bagitahu.— DrSazOne (@drwaque) April 24, 2018
Why did neelofa promote produk nak tinggi i mean for real lah where got produk can increase your height. For someone educated as you, you should know better cik lofa.
— moi (@ezilanur) April 24, 2018
Ramai mempersoalkan perkara ini kerana Neelofa juga pernah dikecam kerana mempromosi produk suplemen untuk bayi sebelum ini.
Neelofa ni macam ignorant pun ada. Haritu pernah viral dah, dia review supplements for babies and kids. Doctors on social media dah cakap dah, supplements ni bukan semua orang perlukan. Eh sekarang boleh review pulak supplement untuk tinggi?
— AYNA (@aynaally) April 24, 2018
Ada juga yang mempersoalkan mengapa Neelofa masih menjadi ‘product endorser’ sedangkan sudah bergelar jutawan.
Apesal neelofa promote ubat penambah tinggi tu. Mahal sangat ke payment dia dapat. Dia dah kaya nak mampus kot nak buat apa promote produk orang lagi
— Gosha (@AhmadSyvfiq) April 24, 2018
Penulis merasakan Neelofa perlu mempunyai seorang penasihat mengenai suplemen sebelum mempromosikannya. Kerana bila perkara seperti ini terjadi, ia mudah menjadi viral kerana dia mendapat perhatian ramai.
Neelofa ni ramai yg akan terlebih concern bila dia buat salah. Bagus juga, so that semua org tau yg takde supplement yg boleh menambah tinggi setelah mencapai umur tertentu.
— Husna ?? (@husnarosley) April 24, 2018
Diharap Neelofa akan lebih berhati-hati dengan produk yang dipilih untuk dipromosikan selepas ini demi kebaikan kerjayanya. – beautifulnara.com