Awal bulan ini, Samsung telah pun mengumumkan sebuah telefon pintar baru dibawah siri Galaxy J yang hadir dengan sokongan dwi-kamera di belakang. Dinamakan Galaxy J7+, ia adalah model kedua selepas Samsung Galaxy Note 8 yang mempunyai dwi-kamera. Jadi sudah tentu kualiti gambar yang dihasilkan adalah super duper awesome. Memang sesuai sangat untuk anda yang mengabadikan detik-detik indah serta memori kehidupan menerusi bidikan gambar.
Ok meh Abang Nara cerita sikit tentang ini. Ia hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, serta menggunakan panel Super AMOLED. Galaxy J7+ turut dilengkapi dengan cip lapan-teras 2.39Ghz,memori 4GB RAM, dan ruangan storan 32GB yang boleh ditambah menggunakan kad mikro-SD. Baterinya pula berkapasiti 3000mAh untuk penggunaan yang lebih lama. Kamera belakangnya pula mengabungkan kamera 13-megapixel f/1.7 dengan kamera 5-megapixel f/1.9. Untuk kamera hadapan ia menggunakan kamera 16-megapixel f/1.9. Memang power sungguh spesifikasi Samsung Galaxy J7+ ini. Berbaloi-baloi kalau beli.