Sekarang ini selebriti memang bijak mengambil kesempatan ketika nama sedang meningkat naik dan ‘followers’ ramai di media sosial dengan membuat ‘review’ dan mengiklankan pelbagai produk. Memang boleh buat duit banyak tetapi kenalah pandai pilih apa yang ingin diiklankan, jangan main sapu bersih semua.
Terbaru, pelakon Emma Maembong dikecam teruk gara-gara mempromosikan produk yang boleh mengembalikan dara wanita. Membantu wanita yang mempunyai “sejarah hitam” mendapatkan kembali “permata” serta maruah mereka yang pernah tergadai dahulu.
Rata-rata netizen mempertikaikan keberkesanan produk yang dipromosikan oleh Emma. Bukan sahaja tidak logik tetapi membahayakan kesihatan. Malah, ia juga seakan menggalakkan lagi perbuatan maksiat.
Diharap Emma akan lebih berhati-hati dengan produk yang dipilih untuk dipromosikan selepas ini demi reputasinya dan juga menjaga sensitiviti masyarakat. Harapnya peminat juga jangan mudah terpengaruh dengan setiap produk yang diiklankan oleh artis, kena lebih berhati-hati agar tidak timbul sebarang masalah serius.

Lopak & co .
December 4, 2019 at 10:00 am
Kembali dara , ubat tinggi ,susu kurus berpisang , teh power , kopi mengubat segala penyakit , minyak kurus …
Wahai retis …manusia jenis apa kah kamu ni …kalis dosa ka …
Anonymous
December 4, 2019 at 8:44 am
If ada yg baca n bermaksiat kerana ini. Bertabah la emma oiii utk saham ke neraka.
lovely girl
December 4, 2019 at 8:34 am
to emma. mungkin awak fkir its not big issue. its normal. tp saya sbg perempuan malu nye bce statement awak ni…ples emma. awk muda dan kecapi lah hidup bahagia. jgn dimnta kecam dari org ramai. pckapan adalah 1 doa. ok emma?
Anonymous
December 4, 2019 at 8:14 am
Kan dah pernah bagitau… simpanlah sikit kebodohan tu, keluarkan sikit kebijaksanaan tu. Benda-benda sensitif ni kena fikir sejuta kali nak review melainkan dah ada pengalaman menggunakannya. Alahai, kalau pun tak pegi sekolah, boleh jer belajar kat mana2. Boleh fikir logik je sesuatu benda tu….
maembong ikan kembong
December 4, 2019 at 7:56 am
sudah semestinya la dia ni sampah. Tapi orang yang follow dia lagi la sampah. Peace