June 20th, 2013

Laptop yang Abang Nara gunakan untuk mengemaskini blog ialah Asus A43S. Boleh tahan pantas juga kelajuan laptop ini kerana ia dijana oleh Intel Core i7 2.2 GHz. Dah hampir 3 tahun laptop ini berjasa kepada Abang Nara.

intel generation today

Semenjak dua menjak ini, Abang Nara terfikir nak upgrade kepada Ultrabook pulak. Kawan-kawan Abang Nara ada yang dah guna Ultrabook. Menurut kata mereka, Ultrabook memang laju tahap tertinggi punya. Asus, Acer, Dell, HP dan Lenovo kesemuanya keluarkan Ultrabook. Abang Nara sekarang tengah ushar Acer Aspire P3 Ultrabook. Nampak menggiurkan!!!
generation todayNasib baiklah Abang Nara dapat yang sehingga 30 Jun, Intel sedang mengadakan roadshow Intel Generation Today. Roadshow ini bertujuan untuk mengalakkan pengguna meng”upgrade”PC mereka kepada PC yang dijana oleh cip Intel. Roadshow ini akan menjelajah 14 bandar seluruh Malaysia untuk memperagakan kehebatan Ultrabook, tablets, laptop, desktop dan telefon pintar yang dijana oleh cip Intel.
intel generation todayYang bestnya, kalau Abang Nara beli Ultrabook di roadshow Generation Today ini, ada hadiah bernilai RM8,000 untuk 5 pemenang yang boleh dimenangi. Ada peluang naik helikopter, pergi Bali, enjoy konsert di Singapura dan macam-macam lagilah.  Abang Nara kalau menang nak pilih naik helikopter. Best kot!!!
intel generation todayTambah best lagi, di roadshow Intel Generation Today ini, boleh dapat rebate sehingga RM600 kepada 10 pelanggan terawal yang trade in PC lama mereka (tertakluk kepada terma dan syarat).  Ini satu tawaran yang memang sangat sesuai untuk ayah Abang Nara. PC kat rumah tue pun memang dah slow sangat-sangat. Abang Nara nak suruh dia pergi trade ini hujung minggu ini jugak.
intel generation todaySelain itu, ada aktiviti-aktiviti menarik sekiranya anda mengunjungi roadshow Intel Generation Today ini. Antaranya ialah Unlock The Ultrabook. Hadiahnya ialah Asus Vivobook S400 Ultrabook. Kalau terasa nak ada Ultrabook baru, silalah baca cara nak menyertai aktiviti ini di bawah:-
intel generation today
intel generation todayAnda cuma perlu layari laman generationtoday.intel.com atau hadiri roadshow Intel Generation Today di West Gate Entrance, Publika, 21 Jun 2013, jam 5 petang untuk soalan yang terakhir yang akan membolehkan anda menerima petunjuk. 3 soalan pertama telah pun diumumkan di laman web Intel Generation Today. Soalan-soalannya ialah:-

1.       How does Intel Anti-Theft Service locate your lost Ultrabook?
2.      
What processor does the Samsung Galaxy Tab 3 use?
3.       How much faster is the new Intel Iris graphics compared to the current Intel integrated graphics?
intel generation todaySelain Unlock The Ultrabook, Abang Nara suka juga dengan aktiviti The Longest Touch Challenge. Sebabnya Intel akan memberikan sebuah sekolah kelengkapan makmal komputer sebagai hadiah. Sekiranya anda join aktiviti ini, selain dapat hadiah menarik, dapat juga membantu pelajar-pelajar sekolah tersebut. Tak gitu?
intel generation todayBanyak lagi aktiviti-aktiviti, hadiah-hadiah dan tawaran-tawaran menarik sepanjang roadshow Intel Generation Today ini. Kalau Abang Nara nak tulis kat sini, memang tak muat kot. Jadi kalau korang nak tahu lebih lanjut terutamanya tentang lokasi roadshow, silalah layari laman web Intel Generation Today sekarang jugak. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

 

 


Comments are closed.

Loading...