Promosi Khas Reebonz Untuk Pembaca BeautifulNara

Hiburan

Promosi Khas Reebonz Untuk Pembaca BeautifulNara

Reebonz sememangnya salah satu laman membeli-belah kegemaran isteri Abang Nara. Mana tidaknya, beg-beg tangan berjenama seperti Coach, Prada, Longchamp dan Balenciaga dijual dengan harga yang JAUH lebih berpatutan di Reebonz jika dibandingkan dengan harga di tempat lain. Namun apa yang paling best ialah Reebonz sering mengadakan promosi AWESOME yang menyebabkan isteri Abang Nara seringkali rambang mata.

reebonz

Advertisement

Untuk bulan Mei ini, promosi yang dinamakan “MAY-RATHON” sedang diadakan di Reebonz. Terdapat  300 barangan yang akan diberikan diskaun ekstra sebanyak 30-40% setiap hari. Penjimatan yang boleh diperolehi ialah sebanyak RM1,500 untuk Prada, Balenciaga, Ferragamo, Gucci dan banyak lagi. Bayangkan korang boleh beli pelbagai beg Burberry pada harga RM2,000 je. Tak ke murah sangat tue?

reebonz

Dan khas untuk pembaca BeautifulNara, pihak Reebonz telah menyediakan satu lagi promosi khas yang sah sehingga 31 Mei ini. Promosi HEBAT ini membolehkan anda dan seorang rakan (atau ahli keluarga) memenangi “shopping spree” bernilai RM4,000 setiap seorang. Banyak gila kan? Memang sangat istimewa promosi ini. Meh sini Abang Nara bagitau cara-caranya

1. Buat pembelian minimum sebanyak RM1,500 dalam satu transaksi

reebonz

2. Sebelum buat pembayaran, tuliskan “Shopping Spree X Beautifulnara” di ruangan komen.

reebonz3. Emailkan bukti pembelian anda ke [email protected] dan jangan lupa masukkan email rakan/ahli keluarga anda di bahagian CC.  Jangan lupa lengkapkan slogan “Saya mahu memenangi Reebonz Spree bersama XXX kerana… / I want to win a Reebonz Spree with XXX because” tidak melebihi 20 patah perkataan. Contoh seperti di bawah:-

reebonz

Mudah je kan? Hanya 3 langkah sahaja yang perlu anda lakukan untuk memenangi “shopping spree” bernilai RM4,000.  Pemenang akan dimaklumkan oleh Reebonz pada 3 Jun ini. Nasihat Abang Nara, cepat-cepatlah bukak laman web Reebonz dan Facebook Reebonz untuk melihat barangan yang ada diskaun. Beli 2,3 barang untuk cukupkan RM1,500 sekaligus melayakkan diri anda untuk menyertai promosi istimewa ini. 31 Mei 2014 adalah tarikh terakhir untuk menyertai peraduan ini. Jadi tunggu apa lagi?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...