Promosi KFC Di Media Sosial Semalam Adalah Palsu

Trending

Promosi KFC Di Media Sosial Semalam Adalah Palsu

Semalam korang ada perasan tak pasal KFC ada buat promosi kaw-kaw dengan harga RM20 jer dekat whatsapp dan sebagainya? Kalau korang nak tahu, ianya adalah palsu gais.

Menerusi laporan Harian Metro, KFC Malaysia menasihatkan semua agar tidak membuat sebarang tindak balas terhadap promosi tersebut, apatah lagi membalas atau berkongsi promosi berkenaan.

Advertisement

Pihak KFC juga berharap agar korang dapat kongsikan kepada keluarga atau rakan-rakan korang bahawa promosi tersebut adalah palsu.

Kami ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran promosi menarik yang tidak berkaitan dengan KFC Malaysia.

Jika anda menemui sebarang kegiatan penipuan di media sosial, laman web dalam talian atau mana-mana platform komunikasi dan pesanan, kami menggesa anda untuk tidak berkongsi maklumat peribadi.

Sila rujuk laman web rasmi KFC Malaysia dan saluran media sosial yang mempunyai tanda biru untuk berita terkini dan promosi berterusan yang sah.

Macam-macam kaedah yang mereka buat dan sanggup gunakan nama besar seperti KFC ni untuk menipu orang. Apapun, kita semua kena berhati-hati dan jangan mudah terpedaya gais.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...