Written by Irsa | December 4th, 2019

promosi hebat oleh hermo malaysia

Tak lama saja lagi 2019 bakal melabuhkan tirainya. Rasa sekejap betul tahun ini berlalu kan? Biasanya kalau dah hujung tahun ni, mesti akan ada jualan murah! Untuk yang suka shopping barang skincare dan mekap tu, ini lah masa yang sesuai untuk anda tambah stok barang. Nak tahu sebab apa?

Bermula 4 hingga 31 Disember 2019 ini, HERMO Malaysia akan adakan promosi yang ‘kaw-kaw’ gila murah! Bukan satu, bukan dua tapi lebih daripada 10 promosi yang akan berlangsung sepanjang bulan Disember ni.

1. Pusing dan menang! (Spin A Gift)

promosi hebat oleh hermo malaysia

Mesti anda semua tertanya-tanya kan, apa dia pusing dan menang (spin a gift) ni? Haa jangan risau. Anda cuma perlu pusing merry-go-round untuk berpeluang menangi hadiah menarik dari Hermo! Jika anda membelanjakan RM100 dan ke atas, anda boleh bermain merry-go-round ni untuk menang hadiah menarik bermula dari 4 Disember ini. *tempoh masa terhad

promosi hebat oleh hermo malaysia

Nak tahu apa hadiah menarik tu? Antara yang anda boleh dapat ialah Flower wreath (DIY Pack), Cosrx Finger Ball, Heimish All Clean Balm, Eunyul Natural Moisture Mask Pack 1pcs, HERMO exclusive Lazy Gal Makeup Bag dan banyak lagi!

2. Luminous Beauty Box

promosi hebat oleh hermo malaysia

Dapatkan Hermo Exclusive Limited-Edition Luminous Beauty Gift Box dengan harga bermula RM49 sahaja! Inilah masanya kalau anda nak hadiahkan pada kawan-kawan atau saudara mara anda. Nak hadiahkan untuk diri sendiri pun tak ada masalah!

promosi hebat oleh hermo malaysia

Antara jenama yang terlibat ialah JM solution, Pyunkung Yul, Mirae, Klairs dan banyak lagi. Yang bestnya, anda boleh pilih sendiri produk yang menjadi kesukaan anda dari senarai produk yang terlibat. Promosi ini akan bermula pada 4 Disember sehingga stok masih ada. Jadi, jangan tunggu lama-lama!

3. Promosi 12.12

Berita baiknya lagi, untuk 12.12 ini HERMO Malaysia pun akan adakan jualan murah istimewa! Anda boleh dapatkan barangan dengan harga RM12 sahaja!* Promosi berlangsung pada 11-13 Disember. Selain itu, jenama kesukaan ramai seperti Cosrx, Heimish, Eucerin, The Face Shop, Benefit Cosmetics pun akan ada promosi khas pada 12 Disember ini.

promosi hebat oleh hermo malaysia

promosi hebat oleh hermo malaysia

Bukan jenama ini sahaja tau, tapi Loreal Paris, NYX, Garnier, dan Maybelline pun akan ada jualan gila-gila murah di HERMO. Anda juga boleh dapatkan kod promo storewide untuk dapatkan diskaun pada jualan 12.12 ini nanti.

*tertakluk terma dan syarat

4. X-OMO!

Anda jangan terkejut kalau tengok harga yang ditawarkan kali ini memang tak masuk akal! Setiap minggu akan produk-produk berbeza yang dijual dengan harga rendah. Maksudnya, setiap minggu anda wajib tengok apa promosi yang ada. Kalau terlepas, menangis lah di bucu katil.

Tapi jangan risau, kami beritahu siap-siap tarikhnya untuk mudahkan anda membeli. Yang penting, pangkah kalendar siap-siap supaya anda tak terlepas empat gelombang ini!

  • 4 Dis – 10 Dis (1st wave)
  • 11 Dis – 17 Dis (2nd wave)
  • 18 Dis – 24 Dis (3rd wave)
  • 25 Dis – 31 Dis (4th wave)

Ini kami bagi sikit sneak peek barangan apa yang anda wajib grab nanti. Jangan terkejut pulak tengok harga promosi ni!

promosi hebat oleh hermo malaysia

Cosrx Best Sellers Set berharga RM59.90 (harga asal RM86.00)

promosi hebat oleh hermo malaysia

NYX Professional Makeup 3C Conceal Correct Contour Palette (#Light) berharga RM21.90 (harga asal RM58.30)

5. FB Live HERMO

Anda juga berpeluang untuk menangi ‘giveaways’ bernilai lebih RM4000! Caranya mudah saja, cuma tonton FB Live di page HERMO Malaysia pada 11 Disember ini jam 8 malam. Wow, tengok FB Live pun boleh menang hadiah? Set reminder siap-siap jangan terlepas!

6. Eksklusif Ahli Gold dan Platinum

Khas untuk ahli Gold dan Platinum HERMO, anda akan mendapat potongan sebanyak RM20 untuk setiap pembelian. Jangan lupa dapatkan e-voucher pada 4 Disember ini. Siapa cepat, dia dapat!

*tertakluk terma dan syarat

7. Tawaran eksklusif di aplikasi HERMO

Dah alang-alang tengah ada promosi di HERMO ni, apa kata anda download aplikasi HERMO siap-siap supaya anda tidak terlepas mana-mana promosi. Pssst.. kami bukan saja-saja nak suruh anda download, tapi nak bagitau dekat aplikasi tu pun ada banyak promosi eksklusif!

Sepanjang 4 hingga 31 Disember ni, anda berpeluang untuk dapatkan e-voucher dan hadiah bernilai sehingga RM12,000! Baucer membeli belah yang lain pun ada juga!

8.L’Oreal Christmas Specials

promosi hebat oleh hermo malaysia

promosi hebat oleh hermo malaysiaUntuk peminat jenama L’Oreal Paris, NYX, Maybelline, dan Garnier, anda boleh dapatkan potongan sehingga 70%! Bukan itu saja, hadiah dengan pembelian dan potongan ekstra 20% dengan kod promo. Memang berbaloi-baloi kalau nak shopping banyak-banyak ni. Ini kami belanja sikit apa yang anda boleh dapat dengan promosi kali ni.

promosi hebat oleh hermo malaysia

Maybelline Fit Me® Matte + Poreless Foundation berharga RM24.50.
(harga asal RM49.00)

promosi hebat oleh hermo malaysia

L’Oreal Paris Skin Expert Revitalift Pure Centella Micro-Essence Water 130ml berharga RM41.90. (harga asal RM69.90)

promosi hebat oleh hermo malaysia

Beli dan menang! Khas untuk pembeli terbanyak berpeluang untuk menang HADIAH MISTERI bernilai RM299. Semua promosi ini akan berlangsung sepanjang 4 hingga 31 Disember.

9. Hermo Exclusives Deals – Peminat K-Beauty dan J-Beauty

promosi hebat oleh hermo malaysia

Annyeong haseyo! Untuk penggemar barangan kecantikan dari Korea dan Jepun, inilah masa terbaik untuk korang shopping produk kecantikan dan skincare dari sana. Bukan senang untuk anda dapatkan barang dari jenama Cosrx, Pyunkang Yul, Klavuu, Neogen, Benton, Heimish, Huxley dengan harga murah.

promosi hebat oleh hermo malaysia

Tapi ini baru sikit saja yang kami senaraikan sebab ada banyak lagi jenama lain yang terlibat. Anda boleh dapatkan diskaun sehingga 60% untuk semua jenama ini! Semuanya pada 11-17 Disember ini. Selain tu, anda boleh dapat ‘freebies’ dan kod promo dengan diskaun pada setiap hari. Dah lah dapat diskaun, freebies pun dapat jugak? Ish, ini yang kena simpan duit nak shopping dekat HERMO ni!

10. Peminat Western Beauty

promosi hebat oleh hermo malaysia

Untuk penggemar mekap jenama Rimmel, Bourjois, dan Max Factor, inilah masanya untuk anda beli stok barang mekap siap-siap. Sebabnya, anda boleh dapatkan potongan sehingga 50% di HERMO! Bukan diskaun je tapi flash deals dan freebies pun ada jugak!

Kalau anda nak tahu, lebih 100 jenama akan terlibat untuk jualan istimewa hujung tahun HERMO Malaysia ni. Kalau anda risau terlepas mana-mana promosi, kami sarankan anda download aplikasi HERMO supaya senang anda nak pangkah kalendar siap-siap.

Anda boleh ikuti HERMO Malaysia di Facebook dan Instagram atau layari laman web HERMO.

Jangan lupa ajak kawan-kawan dan saudara mara anda untuk shopping sekali di HERMO. Benda best kenalah kongsi sekali kan? Selamat membeli belah!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini