Promosi Jualan Sambil Menari Tiktok, 3 Beradik Sanggup Berpanas Untuk Bisnes

Trending

Promosi Jualan Sambil Menari Tiktok, 3 Beradik Sanggup Berpanas Untuk Bisnes

Umum sedia maklum mengenai Perintah Kawalan Pergerakan yang masih bersambung semenjak tahun lalu. Oleh itu, ramai yang mengambil inisiatif baru untuk menjalankan perniagaan sendiri, terutamanya jualan yang melibatkan makanan.

Begitu juga dengan 3 beradik ini yang memberi tarikan ramai orang apabila menjalankan bisnes sambil berTiktok. Malah, mereka juga mewujudkan kelainan dengan memperkenalkan menu popia bergedil ‘lari’, yang pastinya lain dari yang lain, kan?

Advertisement

Idea asal untuk menu itu adalah daripada kakaknya yang dikenali sebagai Afiera Riana Agoes Riauwaldy,29. Dia secara spontan memberitahu mengenai idea itu sebelum dua adiknya, Afiefi Riani, 26 dan Ahmad Amin, 21 yang ingin turut membantu untuk menjalankan perniagaan tersebut.

Pada awalnya, mereka hanya bermula dengan perniagaan online ketika awal PKP, tetapi disebabkan perniagaan semakin stabil,mereka mengambil keputusan untuk membuka gerai pada hujung tahun 2020. Semangat ni yang kita mahu!

“Semua ni idea sendiri, tak sangka pula dapat sambutan. Gerai pertama kami di Prima Saujana, Kajang. Alhamdulillah sekarang kami buka gerai kedua di Ampang”- Ujar Afiera

Sumber : Instagram Afiera

Lapor Mstar, Afiera juga merupakan seorang pelakon sambilan dan nyatakan dia tidak kisah jika ada mata-mata yang memandang rendah terhadap apa yang sedang dia lakukan kini.

Wanita ini turut berkata bahawa dia percaya pada konsep rezeki dan tidak pernah berasa malu meskipun harus berniaga dalam suasana panas di tepi jalan. Baguslah begitu..

“Saya tak kisah jika orang pandang rendah kami berniaga tepi jalan. Nampak senang tapi susah sebenarnya. Kalau tauhu boleh sumbat,popia nak kena gulung”

3 beradik ini turut mengakui ada segelintir pihak yang memandang rendah kerana berniaga di tepi jalan seolah tiada kelas, tetapi berkat sokongan ibu-bapa, mereka masih lagi meneruskan perniagaan di gerai tersebut.

Dalam pada itu, Afiera turut mengatakan bahawa majoriti pelanggannya merupakan pengikut di Tiktok yang sering menonton video dan adik-beradiknya.

“Saya rajin buat video kat gerai,ada juga yang komen negatif termasuk pertikai mengenai aurat”

Sumber : Instagram Afiera

Walau bagaimanapun, mereka tidak mengendahkan kata kata orang dan percaya dengan rezeki yang rata-rata nya dari pengikut Tiktok sendiri. Dia juga mengatakan tak kisah jika dipandang kerana kepentingan mereka kepada bisnes dan asalkan tidak menganggu orang lain.

“Bila datang gerai, mereka kata kenal dari Tiktok. Sanggup datang jauh-jauh. Terima kasih kepada semua yang berikan sokongan”

Sebelum mengakhiri perbualan, Afiera turut memaklumkan bahawa dia juga ada perancangan untuk kembangkan lagi bisnes sehingga ke Bruneri dan Singapura sejurus tamat PKP nanti.

Semoga semuanya berjalan lancar ya buat peniaga-peniaga semua..

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...