Promosi Hebat Vietjet Di Karnival Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITM) 2017 Untuk Pelancong Dan Penggemar Makanan

Travel

Promosi Hebat Vietjet Di Karnival Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITM) 2017 Untuk Pelancong Dan Penggemar Makanan

Vietjet kini menawarkan beribu-ribu tambang hebat ke negara menawan Vietnam di Karnival Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITM) 2017 bermula 11 hingga 13 Ogos 2017 di Pusat Pameran Mid Valley! Permainan menarik dan aktiviti-aktiviti menyeronokkan menanti pengunjung.

Advertisement

Para pengunjung juga berpeluang untuk memiliki hadiah istimewa dengan mengambil bahagian dalam cabutan bertuah dan permainan bergerak yang direka khas bagi pengunjung yang bersedia mencabar kemampuan diri sendiri dengan ujian tumpuan dan ketepatan.

Anda memerlukan rehat dan ketenangan tetapi tidak tahu ke mana hendak dituju?

Hentikan kerja anda dan terokai Ho Chi Minh City dengan mencuba nasib anda memenangi satu daripada 200,000 tiket percuma yang terbuka kepada semua dari sekarang hingga 13 Ogos 2017.

Promosi ini boleh diperoleh dengan membuat tempahan semasa waktu emas antara 1 petang hingga 3 petang (waktu Malaysia) di www.vietjetair.com atau www.m.vietjetair.com (mobil) dan terpakai untuk SEMUA laluan antarabangsa Vietjet.

Nikmati juadah lazat Vietnam

Tidak tahu hendak pilih daripada pilihan yang begitu banyak makanan jalanan di Ho Chi Minh City? Satu yang anda tidak boleh tertinggal ialah baguetta Vietnam, Banh Mi Hoa Ma.

Terletak di Daerah 3, Banh Mi Hoa Ma merupakan gerai sarapan yang terkenal kerana juadah enaknya, Op La. Juadah sarapan ini ialah kuning telur berair, daging salai dan roti segar untuk memulakan hari penjelajahan anda.

Bila tiba masa makan tengah hari, ini masanya untuk Banh Xeo, penkek savuri goreng tradisional Vietnam.

Banh Xeo 46A di Daerah 3 adalah terkenal dengan Banh Xeo dengan adunan daging khinzir atau udang, taugeh dan bawang. Mungkin ada pelanggan beratur tetapi ia akan berbaloi. Yang bagusnya, tiada kesulitan mendapatkan tempat duduk.

Medan tawar-menawar di Pasar Ben Thanh

Sebelum anda menjamu selera dengan makanan seterusnya, singgahlah di tempat tumpuan di Ho Chi Minh City untuk membeli-belah secara tawar menawar di pasar Ben Thanh.

Di sini anda boleh berunding harga di banyak gerai yang menjual makanan, cenderahati, kesenian dan kraftangan, tekstil dan banyak lagi.

Seandainya bersendirian, anda memiliki masa untuk meninjau gerai-gerai mengikut masa dan mungkin anda menemui sesuatu unik yang anda sukai.

Luangkan beberapa jam di sini kerana menjelang malam, ia bertukar menjadi hab sosial bagi orang tempatan dan pelancong, menjadikannya suatu pemandangan yang tidak boleh dilupakan.

Keriuhan orang ramai berbual-bual dan bau rempah mencetuskan tenaga cergas di pusat bandar menjadikannya pengalaman amat berharga.

Kemudian, anda boleh merehatkan kaki dan nikmati pula semangkuk Pho yang hangat di Pho Hoa Ha Noi selepas seharian menjelajah.

Memaparkan cita rasa tradisional Vietnam, Pho adalah mi sup terkenal Vietnam yang mengandungi sup, mi, herba dan daging. Pho Hoa Ha Noi dikenali kerana dihidangkan dalam bekas yang besar hanya pada harga RM6.

Mana mungkin anda akan menolak Pho?

Senarai ini tentunya bukan gambaran sebenar apa yang ada di Ho Chi Minh City.

Bagi yang suka mengembara, pastikan anda mengunjungi gerai Vietjet di MITM 2017 atau lawat laman web Vietjet untuk menempah sendiri penerbangan anda ke Vietnam!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...