Projek MRT 2018 Bermula, 8 Jalanraya Sekitar Lembah Klang Ditutup Mulai Disember

Trending

Projek MRT 2018 Bermula, 8 Jalanraya Sekitar Lembah Klang Ditutup Mulai Disember

Pada 10 Jun 2010, Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan projek Aliran Transit Massa (MRT) semasa pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 di Parlimen sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Nasional untuk membina sistem pengangkutan awam bersepadu di kawasan Greater Kuala Lumpur.

Advertisement

MRT – sebuah cadangan sistem Aliran Massa 3-laluan, akan membantu mentransformasikan Kuala Lumpur kepada sebuah bandar mesra pengangkutan awam, mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar dan juga mengubah cara hidup penduduk di sekitar laluannya dengan menawarkan mod pengangkutan alternatif kepada kereta yang biasa digunakan, selaras dengan sasaran Kerajaan mencapai perkongsian modal pengangkutan awam sebanyak 40% menjelang 2030.

Laluan MRT Sungai Buloh – Kajang (SBK) telah mula beroperasi secara komersial pada Julai 2017.

Kini fokus untuk meneruskan perkembangan pesat projek MRT diteruskan lagi dengan projek MRT, laluan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya (SSP), di mana laluan SSP ini dijangka mula beroperasi pada suku ke-2 tahun 2021.

Mungkin netizen sudah perasan terdapat beberapa laluan yang telah mula ditutup sempena projek pembinaan MRT menghubungkan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP). Hari ini kami akan kongsikan kepada anda senarai 8 jalanraya yang telah ditutup bagi memberi laluan kepada projek MRT 2018 ini.

1. Lebuhraya Sungai Besi (6 Disember 2017 – 5 Januari 2018)

Penutupan jalan ini bakal bermula berdekatan Kampung Malaysia Raya sepanjang Lebuhraya Sugai Besi (KM9.4 – KM9.7) sehingga exit kepada Terminal Bersepadu Selatan. Para pengguna jalan raya ini boleh merujuk tweet yang tertera untuk melihat waktu penutupan laluan ini.

2. Jalan Pekan Sungai Besi (25 November 2017 – 19 January 2018)

Penutupan jalan di Jalan Pekan Sungai Besi ini bermula daripada persimpangan lampu isyarat LRT Sungai Besi sehingga Lebuhraya MRR2.

3. Persiaran APEC (23 November 2017 – 11 April 2018)

4. Jalan Kepong (29 November 2017 – 27 Februari 2018)

Penutupan jalan dalam tempoh yang agak lama bermula akhir November sehingga hujung Febuari 2018. Penutupan jalan ini bakal melibatkan Jalan Besar Kepong berdekatan Aeon Big Kepong. Difahamkan laluan sekitar Pekan Lama Kepong dan Metro Perdana antara yang terlibat.

5. Jalan Putra Permai (Disember 2017)

6. Jalan St Thomas and Jalan Ipoh (Disember 2017)

7. Jalan Sultan Azlan Shah

8. Jalan Kuala Selangor

Penutupan jalan di Jalan Kuala Selangor daripada Lebuhraya Damansara Puchong antara yang terlibat dan cuma ditutup bermula 10 malam sehingga 6 pagi.

Buat anda yang sering menggunakan laluan ini, anda boleh klik di sini untuk dapatkan laluan altenatif di laman web MRT. Kongsikan hebahan ini bersama rakan kerja anda yang turut menggunakan laluan yang terlibat setiap hari.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...