Projek Alpha Shooting Di Sunway Extreme Park

Projek Alpha Shooting Di Sunway Extreme Park

sunway extreme park

Sunway Extreme Park. Dengar nama pun dah dapat bayangkan betapa “Extreme“nya segala jenis permainan kat tempat nie. Bagi korang yang sukakan challenge yang macam go kart, naik ATV, flying fox, reverse bungee jumping dan macam-macam lagi la kami berani jamin Sunway Extreme Park nie memang tempat terbaik untuk anda.

Advertisement

Shooting untuk Projek Alpha, 7 Malaysia Top Bloggers tempatnya kali ini tak lain tak bukan di Sunway Extreme Park. Planningnya ialah BeautifulNara akan bertarung dengan Budiey.com untuk menentukan blog siapa yang lebih hangat di pasaran sekarang nie.  2 challenge yang sepatutnya kitorang kena buat ialah:-

1. Flying Fox

flying fox

2. ATV Race

atv sunway extreme park

Tetapi disebabkan kekejaman si pengarah Projek Alpha (Michael) nie yang mahukan aksi yang lebih mencabar, challenge lumba guna ATV dicancelkan dan digantikan dengan Reverse Bungee Jumping.

3. Reverse Bungee Jumping

reverse bungee jumping

Ala, kalau bungee jumping selalu dari atas ke bawah kan? Yang nie dari bawah ke atas. Kira terbaliklah. Korang akan diikat dengan kemas di tempat duduk macam gambar kat atas tue. Pastue macam anak panah korang akan ditembak ke atas. Kelajuan benda nie boleh cecah 120km sejam dalam masa 2 saat jer!!! Memang extreme gile tapi keselamatan terjamin 100%. Tak perlu nak takut-takut.

Jadi siapakah yang gagah berani berjaya melepasi kedua-dua cabaran di Sunway Extreme Park ini? Adakah Budiey berjaya menewaskan BeautifulNara? Atau BeautifulNara dengan mudahnya menjuarai challenge yang extreme nie?

Nak tahu jawapannya? Nantikan Projek Alpha, 7 Malaysia Top Bloggers yang dibawakan kepada anda melalui Hitz.FM dengan kerjasama Sunway Extreme Park dan Adidas Action 3.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...