Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Projek Alpha, BeautifulNara Adalah 1 Daripada 7 Malaysia Top Blogger

Jeng, jeng, jeng. Masa yang ditunggu telah tiba. Segala rahsia akan dibongkar. Siapakah sebenarnya di sebalik tabir BeautifulNara, blog hiburan paling sensasi abad ini? Apakah maksud sebenar BeautifulNara? Siapapenulis blog, Kak Nara ke Bang Nara? Wujud ke Kak Nara di dalam blog ini?

Kesemuanya bakal diselongkar, digali dan dibongkari di dalam Project Alpha, Malaysia Top Blogger atau kalau dalam bahasa Melayunya Projek Alpha, Blogger Terhebat Malaysia.

Advertisement

Yang membanggakan dan mengembangkan hidung kami ialah BeautifulNara terpilih kerana traffiknya yang melampau-lampau tinggi. Ini semuanya jasa baik anda semua yang mengfemeskan dan mempromotekan BeautifulNara. Teruskan usaha anda. Jangan lupa promote di email, di YM dan di forum-forum. Kami akan bagitau anda untuk stop promote bila server hosting BeautifulNara dah meletup nanti.

Tambah menaikkan semangat kami ialah hanya 2 orang blogger Melayu sahaja yang terpilih di antara 7 blogger nie. BeautifulNara dan RedMummy.

Sedikit info tentang RedMummy buat yang masih tak mengenali akak nie. Blog RedMummy nie memang hangat di pasaran kerana gayanya yang terlebih sudah. Nak tau apa maksud terlebih sudah? Kena la lawat RedMummy. Kami jamin anda akan melekat kat blog si Diva Merah nie.

Buat pengetahuan anda, shooting pertama untuk tayangan dah pun dibuat Sabtu lepas. Hari ini pun penulis BeautifulNara dengan rela hati bercuti dari kerja sebab nak pergi shooting. Nak buat flying fox dan naik motor kecik ATV. Terima kasih banyak-banyak kat Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon yang berbesar hati nak sediakan tempat kitorang buat shooting.

Gambar shooting Sabtu lepas akan diupdate sedikit demi sedikit supaya kami dapat berkongsi kegembiraan yang tidak terkira ini bersama anda semua, pembaca setia BeautifulNara. Harap anda dapat memberikan kami sokongan padu yang tidak berbelah bagi untuk memastikan BeautifulNara terus maju (memang skema gile ayat nie).

Advertisement

Nantikan kemunculan BeautifulNara, RedMummy dan 5 lagi blogger terunggul Malaysia pada pertengahan bulan September ini.

Sementara itu, spekulasi anda amat dialu-alukan… hehe.

baju sponsored by Butik Rimba.com

p/s : Sungguh Gadis Melayu bila Jojo Struys pakai baju kurung kan? baju ni disponsored oleh BUTIK RIMBA.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top