Project Alpha Season 1 Dah Habis Hari Nie ~~

Project Alpha Season 1 Dah Habis Hari Nie ~~

projectalphashow

Sedih pun ada jugak bila hari nie adalah hari last season pertama untuk Project Alpha Nuffnang. Bukan apa sebab BeautifulNara pun adalah salah seorang daripada 7 top blogger yang dipaparkan dalam Project Alpha nie. Banyak pengalaman manis dan yang best-best sepanjang penggambaran. Bila masuk Project Alpha nie, barulah kami tahu yang memang susah dan payah bebenar nak buat drama ataupun filem.

Advertisement

Ada lagi ke yang masih tak faham apa itu Project Alpha. Project Alpha yang dibawakan khas oleh Adidas Action 3 nie sebenarnya mengumpulkan 7 top blogger. Setiap hari selama seminggu, sebanyak 7 video akan dikeluarkan untuk seorang blogger. Dalam video-video nie barulah korang boleh tahu rahsia-rahsia kehidupan, tips untuk berblogging dan macam-macam lagilah. Kalau tak faham lagi, kami cadangkan korang pergi layan video-video Project Alpha kat sini.

Video terakhir untuk season pertama nie adalah dari episod Huay Bin ataupun lebih dikenali dengan nama Sixth Seal. Kehidupan mamat nie memang penuh dengan kisah suka duka. Korang wajib layan. Paling kami suka part dia main denan api. Memang gila kentang la mamat nie. Kalau Abang Nara confirm tak berani buat punya. Kat bawah nie kitorang sharekan video terakhir untuk Project Alpha. Tapi jangan risau sebab dengar ceritanya Project Alpha nie akan bersambung untuk musim ke 2.

P.S: Kitorang layan semua-semua video Project Alpha kat Youtube dengan menggunakan TMNet Streamyx. So far memang sangat-sangat ok sebab tak tersangkut-sangkut. Sekali klik jer, all the way terus play sampai habis. Tak payah bazir masa nak tunggu video buffering. Yang paling best semua tue guna wireless broadband sebab tengok kat laptop kitorang. Mantap beb ~~~

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...