August 20th, 2009

asri rabbani

Dah lama kami tunggu bilalah ada stesyen-stesyen TV yang nak keluarkan program untuk mengenang jasa, pengorbanan dan perjuangan Allahyarham Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani. Nampaknya TV3 dah tampil ke hadapan untuk mengenang sebutir berlian yang telah pergi meninggalkan kita semua. Tahniah TV3.

Untuk pengetahuan mereka yang berminat, pada 21 Ogos iaitu Jumaat ini, TV3 akan menyiarkan selama 1 jam program Ustaz Asri Dalam Kenangan bermula jam 6 petang. Bolehlah tengok kompilasi-kompilasi konsert Rabbani dan ada jugak footage semasa pengkebumian Allahyarham. Jadi marilah kita mengambil peluang ini untuk mengenali lebih rapat Allahyarham semasa hidupnya.

P.S: Budiey pun ada turut terlibat sebagai tetamu jemputan BeautifulNara masa shooting semalam untuk Projek Alpha Malaysia Top Bloggers. Telah berlaku satu pertarungan sengit antara BeautifulNara.com Dan Budiey.com untuk menentukan siapakah yang lebih berani menghadapi cabaran di Sunway Extreme Park(memang best gila Extreme Park nie, wajib korang kena pergi). Nak tau keputusannya? Tunggu ~~~


Comments are closed.

Loading...