Program Solat Subuh Di Masjid Berikan Duit Belanja Kepada Pelajar Sekolah

Kehidupan

Program Solat Subuh Di Masjid Berikan Duit Belanja Kepada Pelajar Sekolah

Sebagai usaha untuk menarik perhatian golongan muda datang ke masjid, pihak jawatankuasa di Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara memberikan duit belanja kepada pelajar sekolah yang hadir.

Mohammad Akmal Abdul Aziz, ketua pentadbir masjid berkata idea itu mula timbul ketika mereka mengadakan mesyuarat bersama ahli jawatankuasa yang lain. Bukan sahaja pelajar sekolah dapat solat berjemaah bersama keluarga tapi duit belanja juga diberikan.

Advertisement

pelajar sekolah beratur di masjid
Dan nampaknya usaha ini membuahkan hasil apabila bilangan pelajar yang berjemaah juga meningkat. Sepanjang seminggu inisiatif ini dijalankan, seramai tujuh ke sebelas pelajar hadir bersama keluarga.

“Amaun yang diberikan RM3 untuk murid sekolah rendah manakala RM5 untuk pelajar sekolah menengah.”

pelajar sekolah di masjid
Pemberian duit belanja ini diberikan pada hari Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum. Selain untuk mengimarahkan masjid, usaha ini juga dilakukan untuk menarik minat golongan muda untuk solat berjemaah.

“Sumber kewangan adalah hasil sumbangan ahli kariah dan korporat dan sememangnya kami mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat.”

Selain program ini, terdapat juga aktiviti lain yang dilakukan bagi menarik golongan muda seperti program Movie Night (kisah Rasul) dan pertandingan ‘beyblade’ dan hafazan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...