Peminat rancangan popular Korea, Running Man mungkin akan agak teruja dengan berita dimana seorang wakil dari SBS secara rasmi mengesahkan bahawa Running Man akan menambah dua ahli baru didalam rancangan tersebut.
Dua ahli baru tersebut ialah pelawak Yang Se Chan dan pelakon Jeon So Min. Pemilihan mereka berdasarkan rating yang agak memberangsangkan ataupun mendadak ketika mereka menjadi tetamu. Difahamkan, mereka akan memulakan penggambaran Running Man pada 7 April ini.
Running Man kini mempunyai lapan orang ahli secara keseluruhan termasuk ahli-ahli yang sedia ada, Yoo Jae Suk, Song Ji Hyo, HaHa, Lee Kwang Soo, Ji Seok Jin dan Kim Jong Kook.
Dengan pembaharuan ini, Running Man berharap rancangan mereka itu akan terus mendapat sambutan yang baik dan mereka juga akan cuba untuk menukar format rancangan agar ia lebih menarik.