Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Bakal Dijalankan Bermula Januari 2025

Kehidupan

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Bakal Dijalankan Bermula Januari 2025

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari depan.

Memetik dari Berita Harian, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata bagi fasa pertama, kerajaan akan menetapkan pembabitan peserta dalam skala yang kecil sebelum diperluaskan ke fasa yang seterusnya pada Jun tahun depan.

Advertisement

Menteri itu turut berkata pelaksanaan PLKN 3.0 ini akan membabitkan peserta yang berusia antara 16 hingga 35 tahun dengan ketetapan beberapa modul pembelajaran.

Untuk PLKN 3.0 ini kerajaan memperuntukkan sejumlah RM50 juta untuk memulakan pelaksanaannya, justeru kita akan mulakan program ini dengan pengambilan pertama pada awal tahun iaitu Januari depan.

PLKN 3.0

Bagi pengambilan pertama ini, peserta akan ditempatkan di dua kem untuk kita ‘pilotkan’ projek PLKN 3.0 ini yang akan membabitkan kira-kira 500 peserta sebelum dilaksanakan secara menyeluruh dengan bilangan lebih besar pada Jun tahun depan.

Beliau turut berkata sebanyak 13 kem tentera telah dikenal pasti sebagai lokasi pelaksanaan PLKN 3.0 antaranya di Kuala Lumpur dan Pahang yang akan digunakan bagi menempatkan peserta terpilih.

Kita akan menggunakan kem sedia ada dan sekarang ini dalam proses untuk baik pulih, namun bagi pengambilan sesi pertama, kita hanya akan menggunakan dua kem.

Sementara itu, Adly yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berkata, menerusi inisiatif PJM, Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerusi Tentera Darat sudah melakukan pembaikan 10 rumah di Melaka dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

mat rempit
2 months ago

“Kami Pandang Serius Perkara Ini” - Pemaju Elmina Tekad Kerjasama Dengan IPD Banteras 'Mat Rempit'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...