Program Larian ‘Zombie’ Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) Dikecam Netizen

Trending

Program Larian ‘Zombie’ Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) Dikecam Netizen

Sejak semalam, beberapa keping gambar menunjukkan bererapa ekor Zombie sedang bersolat menjadi kritikan Netizen. Bertambah hangat lagi apabila ia didedahkan sebagai satu program yang dianjurkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).


 photo zombieuia.jpg
Untuk pengetahuan pembaca, minggu ini ialah minggu sambutan Halloween di barat, dan mungkin ia menjadi sebab tema program kebajikan ini.

Advertisement

 


 photo 14692188_1469401496409657_6654978908284436645_o.jpg
Program ini ialah program charity run atau larian di Stadium Saiyyidina Hamzah untuk kebajikan yang dianjurkan Sabtu lepas oleh Sekretariat Sains Politik dengan tema “Escape the Terror” dari 8.00 – 11.00 malam.

Gambar-gambar ini telah menjadi viral dan mendapat kritikan hebat Netizen kerana disifatkan tidak sensitif. Ini kerana sebuah universiti bertemakan Islam tidak sepatutnya menggunakan tema ini pada masa Halloween disambut.

Aksi Zombie bersolat juga dikritik hebat kerana Zombie tersebut mengenakan solekan, walaupun ada yang mendakwa pelajar-pelajar yang menjadi zombie telah mengambil wudhu’ terlebih dahulu.


 photo 1_7.jpg
 photo 2_7.jpg
 photo 3_8.jpg
 photo 4_6.jpg
Sementara itu, Halaqah Ilmu UIA telah mengupas isu Zombie untuk kebajikan di UIA dengan lebih lanjut.

Sebenarnya ada pelbagai tema lain yang lebih sesuai untuk satu larian kebajikan. Zombie ialah tema yang klise (cliche) di saat ummah Barat menyambut Halloween. Silakan bersikap lebih sensitif dengan agama dan budaya masyarakat kita di lain kali, ya, adik-adik. –amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...