Sejak semalam, beberapa keping gambar menunjukkan bererapa ekor Zombie sedang bersolat menjadi kritikan Netizen. Bertambah hangat lagi apabila ia didedahkan sebagai satu program yang dianjurkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).


Gambar-gambar ini telah menjadi viral dan mendapat kritikan hebat Netizen kerana disifatkan tidak sensitif. Ini kerana sebuah universiti bertemakan Islam tidak sepatutnya menggunakan tema ini pada masa Halloween disambut.
Aksi Zombie bersolat juga dikritik hebat kerana Zombie tersebut mengenakan solekan, walaupun ada yang mendakwa pelajar-pelajar yang menjadi zombie telah mengambil wudhu’ terlebih dahulu.




Sebenarnya ada pelbagai tema lain yang lebih sesuai untuk satu larian kebajikan. Zombie ialah tema yang klise (cliche) di saat ummah Barat menyambut Halloween. Silakan bersikap lebih sensitif dengan agama dan budaya masyarakat kita di lain kali, ya, adik-adik. –amazingnara.com