Program Kesedaran ‘Kunyit’ Dalam Majalah Sekolah Bikin Netizen Berang

Trending

Program Kesedaran ‘Kunyit’ Dalam Majalah Sekolah Bikin Netizen Berang

Tular di media sosial apabila tersebar sekeping gambar menunjukkan halaman dalam sebuah majalah sekolah yang memperincikan jantina.

kunyit

Advertisement

Salah satu gambar menunjukkan maklumat program sepanjang 2017 termasuk sesi kaunseling kumpulan dan individu untuk 15 ‘pelajar lembut’.

Gambar tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai ‘Cherane’ dua minggu lalu.

Dia mendakwa gambar majalah tersebut berasal dari sebuah sekolah menengah terkenal di Kota Kinabalu, Sabah. Bagaimanapun, kesahihan gambar itu tidak dapat dipastikan.

Apa yang membuatkan netizen berang, berkenaan dengan program yang dianjurkan oleh sekolah tersebut dianggap satu penghinaan kerana mendedahkan wajah pelajar terbabit.

Dimaklumkan, matlamat program itu adalah untuk membina jati diri pelajar sebagai lelaki, menjadikan pelajar lebih bermatlamat, membantu pelajar membina keyakinan diri dan meningkatkan kesedaran mereka.

Ia juga bertujuan untuk menyedarkan pelajar tentang kelemahan sebagai golongan ‘kunyit’ (lelaki homoseksual) dan membuat pelajar lain menyedari kelemahan yang sama dalam diri mereka.

Pengguna Twitter yang lain mempersoalkan jika program itu dipersetujui oleh sekolah dan sama ada Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah menyedarinya.

kunyit

kunyit

Bagaimanapun ada juga netizen yang mempertahankan tujuan program tersebut.

kunyit

Difahamkan pengarah pendidikan Sabah sedang menyiasat isu tersebut.

Sumber Berita: FMT News

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...