Program Imam Muda Kembali Untuk Musim Kedua, Good Job Astro

Hiburan

Program Imam Muda Kembali Untuk Musim Kedua, Good Job Astro

imam muda 2

Sekali sekala nak tulis bahasa omputih kat tajuk entri apa salahnya kan? Bagi la peluang kepada kami untuk speaking jugak. Kali ini kami ada berita baik untuk anda yang memang layan program Imam Muda musim pertama dulu. Imam Muda akan kembali untuk musim kedua nanti. Tahniah kami ucapkan kepada Astro atas inisiatif ini.

Advertisement

Untuk makluman, Imam Muda yang pertama mendapat liputan yang tersangatlah meluasnya. Sampai saluran-saluran berita luar negara pun kagum dengan program Imam Muda. Pendapat kami senang je. Program ini popular sebab ianya lain daripada yang lain. Itu yang penangan program ini sangat meluas.

Kalau program realiti menyanyi, semua negara kat ceruk dunia ini dah ada kan? Bila program Imam Muda dikeluarkan, siapa sangka satu program berbentuk agama boleh direalitikan. Kami pun tak sangka. Kami harap untuk musim kedua ini, Imam Muda akan lebih mantap, kukuh dan padat.

Tahniah kepada Astro sekali lagi sebab prihatin dengan kehendak penontonnya. Congratulations.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...