Program eHati: 6 Ditahan Reman Termasuk Pengasas, Peserta Wanita Curi Perhatian – “Time Gersang Takde Pula Tongkat Keluar”

Trending

Program eHati: 6 Ditahan Reman Termasuk Pengasas, Peserta Wanita Curi Perhatian – “Time Gersang Takde Pula Tongkat Keluar”

Pengasas eHati, suami dan anaknya antara enam individu yang ditahan reman tiga hari menjadi perhatian lensa kamera di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

Enam individu tersebut direman sehingga 18 Julai bagi membantu siasatan berhubung penganjuran motivasi yang dipercayai songsang dan terpesong.

Advertisement

Menurut Kosmo, tiga lagi individu yang direman itu adalah dua wanita yang merupakah peserta program eHati dan suami kepada salah seorang daripadanya.

pengasas eHati, suami dan anak diremanSumber : Fariz Rusadio/Kosmo 

Sementara itu, menerusi video dikongsikan di Instagram netizen menyindir salah seorang daripada mereka yang dilihat bertongkat ketika tiba di mahkamah pagi tadi.

Sindiran mereka itu seolah-olah memberi maksud bahawa banyak individu yang ditahan sebelum ini akan menggunakan taktik ‘sakit’ untuk meraih simpati.

komen netizen komen netizen komen netizen komen netizen komen netizen

Bagaimanapun, peguam yang mewakili empat suspek iaitu Datuk M. Reza memaklumkam bahawa wanita berbaju merah jambu itu menggunakan tongkat kerana keadaan kesihatannya.

Salah seorang daripada anak guam saya sakit dan telah mengemukakan laporan perubatan hospital. Malah, dia sepatutnya menjalani rawatan di salah sebuah hospital kerajaan hari ini.

Katanya, pihaknya telah memfailkan permohonan untuk mengkaji semula keputusan reman tiga hari yang dikeluarkan majistret namun tidak diterima.

Kita menghormati keputusan mahkamah.

Pengasas ehati proses reman
2025-07-16 12:27:45

Kelibat Pengasas eHati & 4 Individu Curi Perhatian, Tiba Di Mahkamah Shah Alam Untuk Proses Reman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...