Program Baucar Kerja Bantu RM35 Sehari Untuk Miskin Bandar

Trending

Program Baucar Kerja Bantu RM35 Sehari Untuk Miskin Bandar

bantuan-rakyat-1-malaysia1

Individu berpendapatan bawah RM3,000 di kawasan bandar, layak mendapat bantuan RM35 sehari menerusi program Baucar Kerja yang diselia oleh Kementerian Sumber Manusia.

Advertisement

Dilancarkan pada peringkat perintis pada April ini, ia akan menyaksikan penglibatan seramai 100 peserta yang tergolong di bawah tahap miskin bandar.

Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JobsMalaysia), Yusuff Harun berkata bantuan tambahan tersebut dijangka dapat membantu golongan ini dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

“Namun, bantuan itu tidak akan diberikan sewenang-wenangnya. Mereka harus mendapatkan pekerjaan sambilan bagi melayakkan mereka mendapat bantuan tersebut,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

“Golongan itu hendaklah mencari kerja sambilan terlebih dahulu, dan kita akan menyumbang sebanyak RM35 sehari.

“Jumlah tersebut boleh dituntut setiap hari atau pun pada setiap hujung bulan, bergantung kepada keperluan individu tersebut,” katanya.

Advertisement

Program Baucar Kerja menyasarkan golongan bekerja di kawasan bandar yang berpendapatan kurang daripada RM3,000, dan individu yang tidak bekerja.

Ia juga menyasarkan golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, Orang Asli dan pelajar keciciran.

JobsMalaysia akan memastikan pemilihan peserta dilakukan secara teliti berdasarkan kaedah pemilihan profil dan dirujuk dari pangkalan e-kasih.

e-kasih merupakan pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Individu yang layak akan dihubungi secara terus, kata Yusuff.

Berdasarkan pangkalan data e-kasih terkini, golongan dalam kumpulan miskin dan miskin tegar kini mencecah 500,000 orang.

Menurut Yusuff, bagi individu yang terikat dengan kontrak pengambilan pekerja yang tidak membenarkan mereka melakukan dua kerja pada masa yang sama, JobsMalaysia akan memainkan peranan sebagai orang tengah untuk berunding dengan majikan bagi membenarkan pekerja untuk melakukan kerja sambilan.

“Bagaimanapun ia tertakluk kepada akta-akta pekerjaan dan buruh yang berkaitan,” katanya.

— BERNAMA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

32 Comments

  1. Donna wee

    June 4, 2017 at 11:19 pm

    Saya ibu tunggal saya baru kerja 2 hari.saya ada anak dua org.tak sekolah lagi.saya nak mintak boleh ke.saya sagat susah.

  2. Anonymous

    February 6, 2014 at 2:53 pm

    Bukannya suruh bantu bagi makan hari2. Bantu untuk membangunkan taraf hidup supaya supaya dapat berdikari sendiri pada masa akan datang. Cuba perhati dan tengok sekeliling, bangsa lain tu NGO mereka macamana. NGO mereka sangat aktif membantu bangsa mereka utk meningkatkan taraf hidup. Orang melayu plak kalau kaya macamana rupanya. Orang asing tu kalau buat apa2 pun, kalau kena tangkap, habih2 pun kena hantar balik negara dia. Lagipun diaorang kt sini seorang diri bukan ada anak bini. Kalau orang kita nak buat kerja mcm mereka, nak meniaga ikut suka hati, kena tahan ke apa ke sapa yang susah. Apa salahnya kerajaan nak bantu. Zaman pemimpin dulu pun seperti UMAR Al-Khattab bukan ke sentiasa prihatin dan membantu rakyat yang susah.

  3. joko

    February 5, 2014 at 3:57 pm

    Indon di mlysia ramai yg kaye,bangla juge.xtau lg pendatang lain.kalo malas dan xnk usehe jgn sebok salahkan org lain.pndatang patot nye lg susah nak kaye di sini tp sebalik nye terjadi.owh melayu ku,buang la sifat mls tu.peluang baaaaaaaaaanyyyyyyaaaaaaaaaaakkkkk di luar sane.jgn asyik slh kan sume bende bile awk sendiri yg MALAS dan nak tggu sume bnde org suap.bantuan sebegini adalah merbahaye.lihatlah ape yg terjadi di UK dan europe sekarang.this is not a good move

  4. Anonymous

    February 5, 2014 at 2:21 pm

    Malaysia ni bukan kekurangan orang kaya raya tapi berapa kerat orang yang kaya raya tu yang nak membantu yang miskin. Kalau tak pernah merasa susahnya hidup sampai mati pun takkan paham. Peritnya rasa bila beras dah nak habis, tapi duit pun tak de nk beli beras. Apa nak diberi anak2 makan. Yang kaya raya tu tiap2 tahun pegi oversea makan angin tapi orang susah depan mata belum tentu nak dibantu, silap haribulan kena tempelak pulak. Rezeki yang lebih tu ada bahagian orang lain kat situ yang Allah bagi melalui orang kaya tu, lagipun Allah dah janji setiap 1 bahagian yg disedekah akan dibalas 10. Kalau semua orang kaya kat Malaysia nak membantu, tak perlu la kerajaan buat macam ni. Bukan suruh perabih semua harta bagi kat orang, bagi setakat yang patut. Pegi oversea tiap2 tahun, takkan nak sedekah sikit tak boleh. Yang diberi rezeki yang mencukupi tu syukurlah, jangan sampai Allah tarik rezeki tu nanti sampai nak makan sekali sehari pun sakit.

Loading...