Biarpun ramai yang merungut di media sosial berkenaan dengan harga tiket konsert VIP, kumpulan K-POP wanita popular iaitu BLACKPINK terlalu mahal, tetapi tertanya ia laris terjual dalam tempoh sejam selepas dibuka khas untuk ahli BLINK.
Susulan itu, pelakon Mira Filzah sempat memuat naik satu ciapan berkata dirinya tidak sempat membeli tiket VIP, namun bersyukur kerana sempat membeli tiket Cat 1 dalam keadaan nervous.
Malah, dia turut berkata seandainya ada mana-mana peminat yang ingin menjual tiket VIP, boleh beritahu kepadanya kerana barangkali mahu membeli.
VIP dah sold out. Nervous tekan tekan tadi sekejap terkeluar sekejap suruh masuk balik ID. Adududu. But secured Cat 1. Okay lah. Alhamdulillah. See youuu BP! ? but tanya je lahhh tanya je eh, siapa nk let go VIP seats bgtahu. ?? #BORNPINKinKL
— MIRA FILZAH (@MFMiraFilzah) November 15, 2022
Biarpun ramai yang tumpang gembira dengan ‘kejayaan’ pelakon terbabit berebut membeli tiket secara atas talian, ada juga sesetengah netizen mempersoalkan tindakannya meluahkan rasa syukur.
Menurut mereka, sepatutnya Mira tidak perlu untuk rasa syukur kerana hal yang dilakukan itu adalah perkara yang melalaikan serta dilarang oleh Allah SWT.
Malah, ada juga pertikaikan jika adanya ceramah-ceramah berkaitan agama, tiada pula mana-mana selebriti meluahkan rasa syukur ataupun excited untuk mengunjunginya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.