Prof Muhaya Simpati Isteri Banyak Simpan ‘Luka Batin’ – “Ada Masalah Jangan Kongsi Dekat Orang Sebab..”

Kehidupan

Prof Muhaya Simpati Isteri Banyak Simpan ‘Luka Batin’ – “Ada Masalah Jangan Kongsi Dekat Orang Sebab..”

Pakar motivasi terkenal, Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad menasihatkan para wanita agar tidak menjadikan media sosial sebagai tempat untuk meluahkan isu rumah tangga.

Jelas Dr Muhaya, 67, tindakan sebegitu bukan sahaja tidak wajar, malah boleh menjatuhkan maruah pasangan dan memberi kesan negatif kepada emosi anak-anak.

Advertisement

Prof muhaya

Menurutnya, setiap masalah yang timbul dalam perkahwinan lebih baik diselesaikan secara tertutup tanpa melibatkan perhatian orang ramai.

Kalau boleh jangan kongsikan emosi di media sosial tapi kalau terlepas juga tak apa, jelaskan yang berlaku sebelum ini disebabkan emosi saja dan belajar sesuatu.

Beliau menambah bahawa keputusan yang dibuat dalam keadaan emosi hanya akan merugikan semua pihak termasuk keluarga sendiri.

Tindakan melibatkan emosi akan merugikan keluarga dan semua orang, definitely no sebab maruah rumah tangga… kalau ada masalah jangan kongsi dekat orang sebab orang tak boleh selesaikan.

Bila kita suarakan perkara tak baik jadi orang akan fokus, kalau seribu orang tonton, jadi akan ada seribu masalah.

Dr Muhaya berkata demikian ketika ditemui oleh mStar dalam satu sesi temu bual.

Dalam perkembangan lain, Dr Muhaya turut muncul dalam filem Keajaiban Air Mata Wanita menerusi penampilan khas yang menyentuh isu konflik dan cabaran yang dihadapi golongan wanita.

Filem tersebut kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 19 Jun lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada apautan di bawah.

ibu bagi ubat batuk kat anak
2 hours ago

“Anak Tak Tidur, Saya Dah Tak Tahan…” – Ibu Mengaku Campur Ubat Batuk Dalam Susu Anak Sebab Terlalu Letih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...