Kerana Gelaran Datin Paduka, Produksi Takut Ambil Eina Azman Berlakon

Hiburan

Kerana Gelaran Datin Paduka, Produksi Takut Ambil Eina Azman Berlakon

Susah juga bila berkahwin dengan orang yang ada pangkat ini rupanya. Pasti Eina tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku. Selepas bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos lalu, secara automatik Eina Azman juga turut mendapat gelaran Datin Paduka. Sayangnya kerana gelaran ‘Datin Paduka’ ini, ada sesetengah produksi yang takut untuk mengambil Eina Azman berlakon kerana gelaran tersebut.

einaEina Azman melahirkan rasa sedihnya kerana peluangnya untuk berlakon seolah-olah tertutup sejak memegang gelaran Datin Paduka. Bagi Eina, dirinya tetap orang yang sama sebelum berkahwin. Kata Eina menerusi Sinar Harian:-

Advertisement

Saya pelik dengan situasi ini kerana saya masih lagi orang yang sama. Saya masih lagi seperti dulu dan tiada apa-apa yang berubah

eina

Hmmmm. Mungkin Eina Azman kena tegaskan beberapa kali kepada pihak produksi mengenai gelaran tersebut yang tidak mengubah apa-apa buat dirinya. Ia hanya sekadar gelaran sahaja. Susah jugak kalau tak ada peluang berlakon nanti. Tak apalah Eina. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Dengan ketiadaan tawaran berlakon, mungkin Eina dapat tumpukan perhatian sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...