Pengarah dan juga penerbit drama terkenal, Jinggo ada meluahkan pendapatnya serta pendirian mengenai golongan anti-vaksin dalam kalangan artis dan pasukan produksi filem atau drama tempatan.
Kata Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya, setiap orang mempunyai pendirian masing-masing dan pastinya mahu dihormati.
Ujarnya lagi, artis dan pihak produksi yang enggan mengambil vaksin, mereka boleh duduk di rumah selamanya.
View this post on Instagram
Hormati pendirian orang lain sebagaimana kamu mahu orang lain menghormati pendirian kamu. Pada artis, produksi yang anti-vaksin, kamu boleh stay home forever. Pada yang dah vaksin let’s go.
Perkara itu dizahirkan Jinggo menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.
Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan bagi individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap termasuk kebenaran untuk makan dalam restoran serta solat berjemaah di masjid dan surau.
View this post on Instagram
Selain itu, kerajaan juga membenarkan kebenaran merentas daerah dan negeri bagi pasangan suami isteri jarak jauh selain ibu bapa untuk berjumpa anak-anak di bawah umur 18 tahun.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.