Produk Yopokki Yang Dieksport Ke Malaysia, Disahkan Tidak Halal Oleh Halal Korea

Trending

Produk Yopokki Yang Dieksport Ke Malaysia, Disahkan Tidak Halal Oleh Halal Korea

Pihak Halal Korea melalui laman Facebooknya semalam telah mengeluarkan kenyataan penting kepada rakyat Malaysia beragama Islam di mana memberitahu bahawa Yopokki yang memasuki pasaran Malaysia adalah tidak halal.

Advertisement

Menurut mereka, produk keluaran Young Poong berkenaan memang mendapat kelulusan halal dari Indonesia tetapi produk halal belum dieksport ke mana-mana negara.

“Yopokki yang diekasport ke Malaysia ketika ini adalah tidak halal di mana ia mengandungi ‘wain beras’,” tulis mereka.


Hasil carian  di media sosial, ternyata produk berkenaan memang dijual di Malaysia di mana ia dijual dan dibeli oleh orang Islam.

Selain itu, menurut Halal Korea, logo halal dari Majlis Ulama Indonesi (MUI) yang terdapat pada label Yopokki tersebut adalah logo palsu yang sengaja ditampal.

“Semua logo halal perlulah dicetak pada bungkusan secara terus untuk mengelakkan sebarang pemalsuan.”

“Kami telah mendapat pengesahan daripada pihak Young Poong sendiri yang menyatakan bahawa pengedar dari Indonesia telah melakukan pemalsuan dan menjual Yopokko tidak halal kepada Muslim di Indonesia,” katanya mereka lagi.

Berikutan itu pihak Young poong telah berjanji untuk meneliti perkara ini dan memberitahu keputusannya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.