Produk Tin Sardin Ada Cacing, Kementerian Kesihatan Malaysia Arah Tarik Balik Dari Pasaran

Trending

Produk Tin Sardin Ada Cacing, Kementerian Kesihatan Malaysia Arah Tarik Balik Dari Pasaran

Viral isu di Indonesia berkenaan dengan cacing yang ditemui di dalam tin sardin, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemantauan ke atas semua produk makanan import termasuk produk ikan sardin dan mackerel di dalam tin.

Hasil analisis mendapati, produk makanan tin sardin berjenama TL Tan Lung keluaran syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan Sardines in Tomato Sauce berjenama TLC keluaran syarikat Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd. dari negara China mengandungi sejenis cacing daripada genus Anisakis spp.

Advertisement

Kementerian telah mengarahkan syarikat pengimport untuk memanggil balik produk tersebut dan menjalankan pemantauan secara berterusan untuk produk-produk makanan yang diimport.

Sumber – Maszlina Basuni

Sehubungan dengan itu, sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

Anda juga boleh menghubungi terus pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.

Kredit : Public Health Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...