Viral isu di Indonesia berkenaan dengan cacing yang ditemui di dalam tin sardin, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemantauan ke atas semua produk makanan import termasuk produk ikan sardin dan mackerel di dalam tin.
Hasil analisis mendapati, produk makanan tin sardin berjenama TL Tan Lung keluaran syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan Sardines in Tomato Sauce berjenama TLC keluaran syarikat Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd. dari negara China mengandungi sejenis cacing daripada genus Anisakis spp.
Kementerian telah mengarahkan syarikat pengimport untuk memanggil balik produk tersebut dan menjalankan pemantauan secara berterusan untuk produk-produk makanan yang diimport.

Sumber – Maszlina Basuni
Sehubungan dengan itu, sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
Anda juga boleh menghubungi terus pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.
Kredit : Public Health Malaysia