Written by Bella | October 3rd, 2019

Hangat semalam berita pelakon Zarina Zainuddin yang didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas enam pertuduhan memiliki dan menjual alat kosmetik tidak bernotifikasi iaitu tidak mendapat lulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

zarina zainuddin kosmetik racun

Susulan itu, pelbagai kecaman yang diterima olehnya dimana rata-rata netizen mengatakan Zarina sanggup menjual produk kosmetik berpotensi mengandungi racun demi mengaut keuntungan semata-mata tanpa memikirkan risiko bahaya kepada para pengguna.

Bagaimanapun, Zarina mendakwa dirinya dianiaya ketika rumahnya diserbu Kementerian Kesihatan. Menerusi akaun Instagramnya, dia bercerita segala butiran ketika hari kejadian.

Dianiaya. Bukan produk beracun atau

timbang kilo

zarina zainuddin produk timbang kilozarina zainuddin

Zarina didakwa mengikut Seksyen 18A(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang menjadi kesalahan mengikut Peraturan 18A (15). Pelakon wanita itu yang tidak diwakili peguam membuat rayuan agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya. Difahamkan Zarina pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan yang sama pada tahun 2008.

14 responses to Produk Saya Bukan Racun Dan Timbang Kilo – Zarina Zainuddin

  1. sajat pondan tua says:

    ok, faham…tapi pokoknya…produk tu ada bahan terlarang…kenapa lak nak cakap org nayakan awak….

  2. garam says:

    Zarina ni tak nak terima hakikat yang dia melakukan kesalahan. Sebut orang aniaya pulak. Takdenya orang Kementerian Kesihatan tu menganiaya. They are just doing their job. Menyamar jadi customer to standard la nak serkup org buat salah. Bukan aniaya.

  3. Arina says:

    Zarina, awak bukan teraniaya. Kementerian Kesihatan tu buat kerja je. Awak menjual produk tak ikut peraturan, so jadi la macam ni. Bila dah kena jangan asyik salahkan orang.

  4. korok says:

    mmg dulu rasanya produk dia ni ada dlm list produk yg ada merkuri ke…dh terkena x nak plak ngaku…local produk sumer ada merkuri tp x nak ngaku…pki 2-3 ari dh putih…berkilat semacam…kena panas merah menyala

  5. Anonymous says:

    Tak perlulah back up diri. Teringat kes pengasas dnars arwah faziani produk beracun gigih tulis panjang berjela kate die dianaiya melayu tak support melayu lah. Dh beracun dh berapa org ken sakit buah pinggang. Dah berapa doktor pakar dh bersuara psl isu ini. Tapi ade juge degil beli weh. Tak sedor kulit melayu asli nak putih rupe ju on.

  6. damai says:

    pengawai menyamar pembeli mmg keje dia org. mrk mmg jlnkan kewajipan tapi mungkin ada terdengar2 yg hang dah x jual Addura products lagi, itu yg mrk menyamar, and gotcha. x ada org dengki might be ada brp org mmg x sesuai pakai your products, muka gatal2 or terkopek kulit, itu yg ada report kot. bertabah ajalah, mungkin ini satu untuk menghapus dosa hang yg zilam sblm hang g tunaikan Umroh nanti. and satu aja nak pesan, if berjualan dimana2 expo, ada org nak berphoto jgn berikan syarat, mesti beli pulut sy baru blh berphoto

  7. tipahhhh peah says:

    engkau pun entah belajar takat mana lepas tu boleh keluar produk kecantikan. lolllllllll. lawak la makcik.. yelah tak timbang kilo produk oem.. goreng selagi boleh. tak sabar nak tunggu founder kosmetik taik mcm ni kena jugak

  8. Anonymous says:

    pernah pakai dnars… dlm masa seminggu dh cerah… ini taktik berkesan ler kiranyer.. agent bole pung pang promo jual byk…. last2 kantoi dnars ade merkuri… patut laa lepas pakai 2bln rase kulit cepat pedih nasib baik terus stop pakai..

  9. kaldei says:

    macam ni la..
    cara penulisan penting untuk pembaca..
    koma, noktah, tanda seruan memainkan peranan penting dalam penulisaan dan pembacaan..
    *sila cuba lagi

  10. Ju says:

    Macam ni lah ….. customers pakai okay aje …is not the right thing to say …

    Ish akak ni … Belajar la dari pengalaman lalu ..tak juga serik serik …

    Heran mcm mana vida n aliff n sajat tak kena lagi

  11. Manusia says:

    Sapa bodoh dia percaya ckp makcik ni dan kata kkm salah buat keje KOT….

  12. Anonymous says:

    Timbang kilo la tu makcik bebal. Merbahayakn org ramai. Jabatan sibuk buat keje serbu sbb nk save org ramai dr produk kilo mcm ni la. Sendiri pakai skincare mahal, org ramai disogok timbang kilo. Bangang makcik

  13. Anonymous says:

    Subhanallah…di hari jumaat yg penuh barokah ni jgn lah menambah tekanan..bahagian masing2…doakan yg baik2 semuga Allah permudahkan pencarian rezeki nya dan rezeki kita semua….semuga kita semua sentiasa di dlm rahmat Allah SWT…Aaminx3

  14. intan kembong says:

    pulut ayam dia rm18 wei..mana mampu bg rakyat marhaen mcm saya.. anak dh ramai..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini