Produk Salmon Skin Salted Egg Popular Diserbu KPDN Guna Logo Halal Palsu, Netizen Tanya – “Cik B Punya Ke?“

Trending

Produk Salmon Skin Salted Egg Popular Diserbu KPDN Guna Logo Halal Palsu, Netizen Tanya – “Cik B Punya Ke?“

Sebuah premis memproses snek popular semalam telah diserbu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kerana disyaki menggunakan logo halal palsu.

 

Advertisement

Orang awam laporkan

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata serbuan dijalankan selepas pihak itu menerima maklumat awam di Kawasan Industri Jelapang, Ipoh dan ia membabitkan produk salmon skin salted egg.

Semakan awal mendapati logo halal ini digunakan untuk tujuan perdagangan secara tidak sah. Pengurus premis terbabit turut gagal mengemukakan sebarang perakuan halal yang diperakukan oleh pihak berkuasa apabila diminta KPDN.

Ujarnya, produk tersebut dijual atas talian dan mendapat sambutan yang hebat daripada ramai pengguna.

salmon skin

 

Cik B punya ke?

Menjengah ke platform media sosial, ramai yang tertanya-tanya adakah perniagaan produk salmon skin itu adalah milik anak usahawan terkenal, Dato Vida iaitu Cik B.

Kalau dari segi packaging macam Cik B punya. Siapa punya lagi kalau dah dekat Jelapang tu.

Isu itu menjadi bualan warganet di media sosial dan ada yang terkejut kerana sudah lama Cik B menjalankan perniagaan tersebut (jika betul ia adalah produknya).

salmon skin

Malah, segelintir individu mempersoal mengapa pemilik bisnes tersebut tidak memohon logo halal yang sah untuk diletakkan di packaging berkenaan.

 

Sita produk & balang

Dalam pada itu, KPDN dilaporkan telah mengenakan tindakan sita ke atas semua dokumen perniagaan, produk dan balang plastik yang tertera logo halal dan jumlah keseluruhannya  RM88,582 bagi menjalankan siasatan.

Siasatan dibuat mengikut Akta Perihal Dagangan, atas kesalahan melanggar Subperenggan 4 (1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 Akta Perihal Dagangan 2011 yang menjadi kesalahan di bawah Subperenggan 8 (a) perintah.

Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu, manakala denda tidak melebihi RM250,000 bagi syarikat atau pertubuhan perbadanan.

salmon skin

restoran dapur kotor
2 years ago

"Nak Muntah Tengok!" - Lantai Dapur Penuh Taugeh, Restoran Kotor Buat Netizen Naik Loya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...