Produk Penjagaan Wajah Terkenal Korea, Beauty Of Joseon Rasmi Masuk Ke Pasaran Tempatan

Gaya Hidup

Produk Penjagaan Wajah Terkenal Korea, Beauty Of Joseon Rasmi Masuk Ke Pasaran Tempatan

Terkenal sebagai salah satu produk penjagaan wajak terbaik dari Korea Selatan, Beauty of Joseon secara rasmi mengumumkan ketersediaan rangkaian produk mereka di Watsons Malaysia.

Advertisement

Ini jelas menunjukkan komitmen Beauty of Joseon bagi memastikan akses yang lebih mudah kepada lebih ramai pengguna. Secara keseluruhan, jenama ini boleh didapati di 539 kedai Watsons Malaysia terpilih seluruh negara.

Untuk pengetahuan walaupun jenama ini agak terkenal secara dalam talian, ia sebenarnya baru rasmi dilancarkan di Malaysia pada 1 Februari 2023.

Berasal dari negara yang mempunyai standard kecantikan yang tinggi, Beauty of Joseon mempraktikkan piawaian kecantikan beretika. Di mana, produk mereka tidak diuji keatas haiwan, bebas pewangi dan pati minyak.

Seperti namanya Beauty of Joseon, produk ini diinspirasikan daripada warisan yang diperturunkan selama lebih 500 tahun dari Dinasti Joseon. Pendekatan inovatifnya membantu merawat masalah kulit yang dialami oleh ramai orang di Asia.

Bahan-bahannya pula merupakan gabungan antara keberkesanan lembut bahan herba yang telah terbukti berkesan, dengan inovasi moden bagi mewujudkan sinergi yang kuat, sebagai penyelesaian mujarab yang mampu menangani keperluan pelanggan.

3 produk utama di pasaran tempatan

Tiga produk yang menjadi pilihan popular di kalangan pengguna di Malaysia ialah Beauty of Joseon Relief Sun: Rice + Probiotics SPF50+ PA++++, Beauty of Joseon Ginseng Essence Water, dan Beauty of Joseon Glow Serum: Propolis + Niacinamide.

Perubahan iklim berterusan telah memancarkan sinaran UV yang berbahaya, keperluan untuk produk penjagaan kulit yang baik yang melindungi halangan kulit juga semakin meningkat.

Beauty of Joseon Relief Sun: Rice + Probiotics SPF50+ PA++++ diperbuat daripada 30% ekstrak beras dan Grain Ferment Lysate yang melindungi kulit daripada sinaran UV ini dan menenangkan kulit apabila berada dalam tekanan.

Pada masa yang sama, untuk menambah penghidratan wajah yang kurang bersemangat, Beauty of Joseon Ginseng Essence Water juga sangat disyorkan.

Kaya dengan antioksidan, ginseng, produk ini bukan sahaja menyuburkan tetapi juga membina halangan lembapan pada kulit. Hanya letak sedikit di atas tapak tangan atau kapas, kemudian ratakan ke seluruh wajah.

Pengguna juga boleh mengucapkan selamat tinggal kepada liang yang besar dan radang dengan Beauty of Joseon Glow Serum: Propolis + Niacinamide.

Diinspirasikan dari kebijaksanaan zaman dinasti Joseon, produk ini menggabungkan campuran 60% Propolis dan 2% Niacinamide yang bukan sahaja memerangi keradangan tetapi juga meningkatkan penghidratan dan mengawal pengeluaran sebum sambil mengekalkan minyak semula jadi pada kulit.

Untuk melihat senarai semua produk yang terdapat di Watsons Malaysia, klik SINI.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...