Produk Marshmallow Import, Status Halal Diragui – JAKIM

Trending

Produk Marshmallow Import, Status Halal Diragui – JAKIM

JAKIM menerusi satu kenyataan mengesahkan bahawa kebanyakan produk marshmallow yang dijual secara terbuka, khususnya yang diimport adalah diragui status halalnya.

Sehubungan itu, Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal JAKIM menasihatkan orang ramai agar memastikan produk marshmallow yang hendak dibeli memilik logo halal yang telah diiktiraf.

Advertisement

“Isu marshmallow haram timbul berikutan kenyataan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal, Mohd Amri Abdullah yang dipetik dari Rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 pada 15 Jun 2016.

“Beliau menyatakan produk berasaskan gelatin dari sumber haiwan adalah antara yang dikenal pasti sebagai produk kritikal daripada perspektif halal,

“Marshmallow adalah antara produk yang mengandungi gelatin dan banyak dijual secara terbuka serta diimport tanpa diketahui status halalnya. Walaupun ada pengeluaran dan pemprosesan produk ini di Malaysia, namun jumlahnya amatlah terhad.

“Justeru itu, bagi penggemar marshmallow, pastikan produk yang ingin dibeli mempunyai logo halal Malaysia atau logo dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.”, kata unit itu di Facebook.

Kenyataan itu juga mengesahkan kenyataan mengenai marshmallow yang memetik kenyataan Mohd Amri yang viral di aplikasi whatsapp adalah benar dan perlu diberi perhatian oleh masyarakat.

Jika terdapat sebarang kemusykilan mengenai status halal produk di pasaran dan premis makanan, bole layari www.halal.gov.my atau rujuk direktori Halal Malaysia menerusi aplikasi telefon pintar MyJakim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...