Produk Krim Jambang Laris: Wak Doyok Untung RM 3.5 Juta Seminggu

Hiburan

Produk Krim Jambang Laris: Wak Doyok Untung RM 3.5 Juta Seminggu

Wak Doyok satu nama yang tiba-tiba muncul dan sudah popular di Malaysia. Pernah dihencap kerana kontroversi komen “merecik”, kini Wak Doyok sedang giat mempromosikan krim jambang beliau yang kini sedang laris  di pasaran dan sudah terjual sebanyak 100,000 unit hanya dalam seminggu. (Wah, kencang betul Wak ye..)

Berdasarkan kiraan, satu unit krim jambang Wak Doyok dijual dengan harga RM 35 jadi hasil jualan beliau mencecah angka RM3.5 juta.  Nampaknya, beliau sudah bergelar jutawan dalam sekelip mata.

Advertisement

Tidak dapat dinafikan, Wak Doyok mempunyai jumlah pengikut yang ramai dan tidak mustahil produk beliau mendapat sambutan.

Kejayaan Wak Doyok sebenarnya boleh dijadikan sumber inspirasi serta pembakar semangat untuk anak muda di luar sana berjaya dalam perniagaan. Namun, anda harus ingat perniagaan ini bukan setakat kena ada nama dan modal tetapi perlu ada strategi yang baik untuk melariskan produk.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...