Produk Kecantikan Paling Viral Dari Korea, Beauty Of Joseon Ada Diskaun Sehingga 50%. Siap Ada Hadiah Special!

Branded

Produk Kecantikan Paling Viral Dari Korea, Beauty Of Joseon Ada Diskaun Sehingga 50%. Siap Ada Hadiah Special!

Bila layan Kdrama ni mesti akan ada rasa nak jadi cantik dan handsome macam diorang. Kadang-kadang tertanya juga apalah rahsia diorang dapat kulit yang bersih dan anjal.

Walaupun umur diorang dah berusia, tapi tetap wajah nampak muda. Sebab tu ada yang masih boleh pegang watak budak sekolah. Dahsyat kan?

Apa kata korang cuba produk penjagaan kulit, original dari Korea, Beauty Of Joseon. Jenama skincare ni menggabungkan rawatan kulit tradisional dengan teknologi moden. Hasil dia memang tip-top dan totally worth it.

Kali ni ada berita baik buat korang, Beauty Of Joseon ada buat promosi sempena Shopee Pay Day! Bukan biasa-biasa tau, sebab ada pelbagai diskaun dan promo yang betul-betul berbaloi! Nak tahu produk apa yang promo? Let’s go~

Promosi Kaw-Kaw: Beli 1 Percuma 1

Korang inginkan kulit yang cantik dan sihat? Jangan lepaskan peluang untuk memiliki produk kecantikan dari Beauty Of Joseon dengan promosi beli 1 percuma 1. Memang untung lah!

 

1. Relief Sun 50ml – RM69.90 (R/P: RM139.80)

Produk sunscreen ni antara yang paling famous dalam Beauty Of Joseon. Nak tahu kenapa?

Sebab ia mengandungi SPF50+ PA++++ yang mampu melindungi daripada sinaran UV dengan begitu berkesan. Ia turut diperkaya dengan 30% ekstrak beras dan probiotik beras yang menghidrat dan menyihatkan kulit. Hebat kan?

Bukan tu je, teksturnya yang ringan dan lembap, memastikan penyerapan yang cepat tanpa meninggalkan lapisan putih pada kulit.

Kalau korang jenis kulit sensitif, jangan risau sebab formula Relief Sun ni dikuatkan dengan bahan bersijil EWG yang memberikan kebaikan untuk kulit sensitif.

2. Matte Sun Stick – RM69.90 (R/P: RM139.80)

Mengandungi vitamin A, C, mineral, ekstrak mugwort dan teh hijau yang membantu dalam melembap, melicin serta memberi kesan sejuk pada kulit. Jadi kulit korang akan sentiasa nampak fresh je!

Ia turut diperkuatkan dengan SPF50 PA++++ yang melindungi dari sinaran UV. Formula matte membolehkan penggunaan yang licin dan segar tanpa ada kesan berminyak pada kulit.

3. Ginseng Sun Serum – RM79.90 (R/P: RM149.80) Percuma Relief Sun 50ml

Korang tahu kan yang Ginseng sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Korea? Nak tahu kenapa? Sebab ginseng ni banyak memberi khasiat pada badan dan juga kulit.

Ginseng Sun Serum ni mengandungi 30% ekstrak ginseng yang memberi kesan anti-penuaan serta keanjalan pada kulit. Ia turut ditambah dengan 2% Niacinamide yang mengekalkan keseimbangan minyak-air kulit sambil mengeluarkan sel kulit mati dan kotoran, menjadikan kulit berseri dan muda.

4. Dynasty Cream – RM89.90 (R/P: RM179.80)

Diperkaya dengan ekstrak ginseng dan orkid Korea, krim ini membantu memperbaiki kedutan sambil melembapkan dan mencerahkan kulit.

5. Eye Serum – RM69.90 (R/P: RM139.80)

Eye serum ini mengandungi bahan seperti retinal, vitamin A, 10% ekstrak ginseng dan 2% retinal liposome yang membantu mengurangkan kedutan di kawasan mata yang sensitif. Ia juga membekalkan kelembapan serta keanjalan pada kulit wajah sepanjang hari.

6. Cleansing Balm – RM72.90 (R/P: RM145.80)

Berfungsi dalam menghilangkan kesan solekan dan kotoran pada wajah. Ia mengandungi air bran beras serta ekstra biji-bijian yang membantu melembap, mencerah serta memberi kulit wajah yang sihat.

Menariknya lagi, produk ini bebas daripada PEG, polietilena, sulfat, phenoxyethanol, minyak pati, pewarna tiruan dan bauan. Maksudnya, korang tak perlu rasa ragu pun untuk menggunakannya sebab semua bahan yang digunakan baik untuk pelbagai jenis kulit.

7. Ginseng Essence Water 150ml – RM43 (R/P: RM143.80) Percuma Ginseng Essence Water 40ml

Diformulasikan dari perubahan herba tradisional Korea yang memastikan kulit lembap, lembut dan sihat.

Toner ini mengandungi 80% air akar ginseng yang bertindak memulihkan kulit kering. Ia turut diperkuat dengan 2% niacinamide dan 0.04% adenosine yang membantu mengawal pengeluaran minyak dan mengurangkan kedutan pada kulit wajah.

Promosi Kaw- Kaw: Beli 1 Percuma 3

Kami dah kata, kalini Beauty Of Joseon betul-betul sales kaw-kaw. Dengan setiap pembelian serum dengan harga promosi RM43 (R/P: RM90), korang akan dapat percuma satu Centella Asiatica Mask dan 2 paket Glow Serum. Best kan?

Antara serum yang korang boleh beli adalah:

Revive Serum

Diperkaya dengan 63% air akar ginseng dan 3% lendir siput. Ia membantu dalam memberi kelembapan pada kulit secara mendalam, mencegah penuaan kulit, memulihkan kulit muka kering serta memberi keanjalan dan mengurangkan kedutan pada wajah. Wow, kesan yang begitu optimum!

Glow Deep Serum

Serum ini menggunakan alpha-arbutin yang bertindak menghalang penghasilan melanin, mengatasi masalah pigmentasi serta mencerahkan kulit wajah.

Ia turut mengandungi 68.6 air bran beras dan kombinasi biji-bijian yang membantu melembutkan kulit. Tekstur yang ringan dan cair memberi penyerapan pantas pada kulit wajah tanpa ada sebarang tidak keselesaan.

Glow Serum

Kalau korang ada masalah jerawat, glow serum sesuai untuk digunakan. Nak tahu kenapa?

Sebab sifat anti-radang serum ini menyediakan rawatan yang berkesan untuk masalah jerawat. Ia juga mengandungi bahan 60% ekstrak propolis dan 2% niacinamide yang membantu mengawal minyak, mengecilkan liang pori serta memberikan kulit yang bersinar.

Calming Serum

Bagi korang yang mempunyai jenis kulit yang sensitif serta rosak, serum ini dapat membantu korang.

Calming Serum diperkaya dengan 50% air daun teh hijau, 30% ekstrak mugwort dan 5% panthenol yang memberi kelembapan kepada kulit rosak dan sensitif serta melindungi kulit daripada kehilangan kelembapan.

Promosi Kaw-Kaw: Beli 10 Percuma 10

Biar betul ni?! Beli 10 barangan Beauty Of Joseon, dapat 10 barangan percuma. Untungnya!

Sebabtu kami kata jangan lepaskan peluang untuk nikmati promosi menarik ni. Dengan pembelian 10 Centella Asiatica Calming Mask, korang akan dapat 10 produk mask yang sama dengan pembelian.

Dengan harga promosi RM99 (R/P: RM198) memang berbaloi untuk korang membeli.

Centella Asiatica Calming Mask memberikan kelembapan yang optimum pada kulit wajah hasil daripada penggunaan 3 jenis Asid Hyaluronik. Diformulasikan dengan 15% ekstrak Centella Asiatica membantu merawat kulit sensitif.

Paling best dengan mask ni, ia sesuai untuk semua jenis kulit. Jadi korang boleh nikmati promosi ni dengan syok sekali!

Produk Baru Pun Ada Promosi Jugak!

Korang tahu tak yang Beauty Of Joseon pun ada mengeluarkan produk penjagaan. kulit yang baru iaitu Centella + Vita C Serum. Wow!

Gabungan antara Centella dan Vita C Serum menghasilkan kulit wajah yang berseri, sihat dan awet muda. Serum ini dapat membantu mengatasi masalah hiperpigmentasi dan mencegah kulit wajah daripada menjadi kering.

Serum ini mengandungi 10% 3-0 Ethyl Ascorbic Asid serta vitamin C yang stabil dan diformulasikan dengan 68% ekstrak Centella Asiatica memberikan kesan kecerahan, kelembapan dan warna kulit setona.

Bukan tu je, teksturnya yang ringan dan fresh, tanpa ada sebarang minyak ataupun melekit pada wajah apabila digunakan. Ia memberi penyerapan yang pantas pada kulit tanpa sebarang iritasi.

Bila sebut packaging, serum ini disediakan dalam bekas kedap udara. Ia mampu mencegah udara dan cahaya masuk ke dalam. Jadi, korang punya serum akan sentiasa fresh and kesan bila digunakan sentiasa optimum.

Tambah seronok lagi, produk baru ni pun ada promosi. Dengan setiap pembelian Centella + Vita C dengan harga promosi RM43 (R/P: RM131.80), korang akan dapat percuma Glow Serum 30ml atau Calm Serum 30ml. Best kan?

Jadi tunggu apa lagi, make sure korang add to cart tau produk baru ni!

Promo Menarik Untuk First Timer!

Haa, mesti akan ada orang yang suka try dulu trial kit baru beli yang saiz besar. Kalau betul, kita memang geng!

Ada sebab kenapa kita buat macam tu, kadang-kadang sebab nak lihat dulu sama ada kulit kita sesuai untuk guna produk ni ataupun tak. Boleh jadi juga, trial kit sebagai travel kit bila kita pergi outstation, jadi tak perlu nak bawa yang besar dan kuantiti yang banyak.

Jangan risau, untuk pengguna first timer pun ada promosi tau. Korang dapat membeli pelbagai jenis pilihan trial kit Beauty Of Joseon dengan harga RM47 je (R/P: RM64.55). Murah kan?

Pelbagai pilihan trial kit yang korang boleh beli, antaranya:

-Glow Serum Kit

Glow Serum 10ml

Relief Sun 10ml

Ginseng Essence Water 40ml

-Glow Deep Serum Trial Kit

Glow Deep Serum 10ml

Relief Sun 10 ml

Ginseng Essence Water 40ml

-Revive Serum Trial Kit

Revive Serum 10ml 

Relief Sun 10ml 

Ginseng Essence Water 40 ml

-Calming Serum Trial Kit

Calming Serum 10ml

Relief Sun 10ml

Ginseng Essence Water 40ml 

Dengan adanya trial kit Beauty Of Joseon, korang bolehlah mencuba dalam skincare rutin korang dan menguji keberkesanan pada kulit wajah.

Dengan adanya trial kit Beauty Of Joseon, korang bolehlah mencuba dalam skincare rutin korang dan menguji keberkesanan pada kulit wajah.

Menangi Hadiah Special Dengan Setiap Pembelian Beauty Of Joseon!

Banyakkan promosi yang ditawarkan oleh Beauty Of Joseon sempena Shopee Pay Day? Selain diskaun, korang juga berpeluang menangi hadiah istimewa!

Nak tahu macam mana? Senang je.

Apa yang korang perlu buat cuma membeli barangan Beauty Of Joseon dengan pembelian minimum RM30 dan korang akan dapat hadiah istimewa tapi ada surprise lain tau. Apa tu?

Waktu pembelian korang, sebenarnya menentukan hadiah apa yang korang akan dapat. Macam mana?

Maksudnya, kalau korang beli pada waktu selepas pukul 12 tengah malam sehingga 2 pagi, korang akan dapat 2 botol Relief Sun 10ml secara percuma. Tawaran ni terhad pada waktu ini sahaja!

Jangan risau, selepas dari pukul 2 pagi sehingga 12 tengah malam, korang juga akan dapat satu botol Relief Sun 10ml saja. Menarik kan?

Jangan lepaskan peluang, nikmati pelbagai promosi dan diskaun hebat dari Beauty Of Joseon. Make sure korang add to cart produk yang korang nak di Shopee dan check out produk Beauty Of Joseon mengikut waktu yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi dan info berkaitan Beauty Of Joseon, layari laman web rasmi Beauty Of Joseon dan sosial rasmi di Instagram dan TikTok.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...