May 6th, 2020

Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof merupakan usahawan dan ikon fesyen tempatan yang sering kali terpalit dengan pelbagai kontroversi kebelakangan ini.

Vivy Yusof dUCk

Meskipun, sebelum ini pengasas jenama dUCk itu didakwa menghina golongan B40 dan M40, malah beliau sekali lagi dihentam teruk oleh warganet apabila tudung jenamanya dikatakan meniru idea tudung jenama tempatan lain, namun perkara itu langsung tidak memberi kesan kepada perniagaannya.

Hal ini kerana, ibu kepada tiga cahaya mata itu berkongsi berita gembira bersama pengikutnya apabila produk keluaran terbarunya habis dijual dalam masa 30 minit.

vivy yusof duck

Pelanggannya yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia itu dilihat seakan berlumba-lumba mendapatkan produknya, malah wujud juga segelintir pembelinya mengadu berkenaan laman sesawang Fashion Valet yang dikatakan mengalami kesesakan ketika mereka mahu membuat pembelian.

Vivy Yusof dUCk

Selain berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya, Vivy sekali lagi tampil memohon maaf kerana tidak dapat mengisi semula stok tersebut malah amat menghargai dan berterima kasih kepada pelanggan-pelanggannya yang tidak putus memberikan sokongan kepada jenama dUCk.

dUCk yang meraikan ulang tahun keenam tahun ini melancarkan enam produk istimewa edisi terhad buat pembeli setia mereka.

Biarpun namanya sering kali tersangkut dengan kontroversi yang melibatkan jenama perniagaannya, namun ia seakan tidak memberi sebarang kesan kepada penerima Anugerah Young Entrepreneur Award from Tribute To Women Malaysia ini, malah perkara seperti itu seolah membuka lagi ruang rezeki terhadap perniagaannya.


5 responses to “Produk dUCk Habis Terjual Dalam Masa 30 Minit, Vivy Yusof Mohon Maaf”

  1. Mat Aussie says:

    melayu bangsat mana beli lagi produk dia ni?
    bodoh sgt apa melayu2 ni

  2. Anonymous says:

    itik

  3. Aida Musa says:

    Bullshit laa habis, aku tak percaya, saja gimik

  4. cikgu english says:

    Yang dok kepoh nak boycott tu geng2 B40, duit pun tak dak nak beli. Kau ingat diorang target market B40, sorry le beb, diorang target yg berduit dan T20. Sekadar cik kiah, cik senah tu, Duck tak heran.

  5. Anonymous says:

    Bodoh2,shj yg beli…xah bodoh bangang pulak tu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...