Produk dUCk Habis Terjual Dalam Masa 30 Minit, Vivy Yusof Mohon Maaf

Hiburan

Produk dUCk Habis Terjual Dalam Masa 30 Minit, Vivy Yusof Mohon Maaf

Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof merupakan usahawan dan ikon fesyen tempatan yang sering kali terpalit dengan pelbagai kontroversi kebelakangan ini.

Vivy Yusof dUCk

Advertisement

Meskipun, sebelum ini pengasas jenama dUCk itu didakwa menghina golongan B40 dan M40, malah beliau sekali lagi dihentam teruk oleh warganet apabila tudung jenamanya dikatakan meniru idea tudung jenama tempatan lain, namun perkara itu langsung tidak memberi kesan kepada perniagaannya.

Hal ini kerana, ibu kepada tiga cahaya mata itu berkongsi berita gembira bersama pengikutnya apabila produk keluaran terbarunya habis dijual dalam masa 30 minit.

vivy yusof duck

Pelanggannya yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia itu dilihat seakan berlumba-lumba mendapatkan produknya, malah wujud juga segelintir pembelinya mengadu berkenaan laman sesawang Fashion Valet yang dikatakan mengalami kesesakan ketika mereka mahu membuat pembelian.

Vivy Yusof dUCk

Selain berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya, Vivy sekali lagi tampil memohon maaf kerana tidak dapat mengisi semula stok tersebut malah amat menghargai dan berterima kasih kepada pelanggan-pelanggannya yang tidak putus memberikan sokongan kepada jenama dUCk.

dUCk yang meraikan ulang tahun keenam tahun ini melancarkan enam produk istimewa edisi terhad buat pembeli setia mereka.

Biarpun namanya sering kali tersangkut dengan kontroversi yang melibatkan jenama perniagaannya, namun ia seakan tidak memberi sebarang kesan kepada penerima Anugerah Young Entrepreneur Award from Tribute To Women Malaysia ini, malah perkara seperti itu seolah membuka lagi ruang rezeki terhadap perniagaannya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...