Produk Dari China Terima Banyak Aduan Apabila 89 Juta Topeng Muka Yang Dihasilkan Tidak Berkualiti

COVID-19

Produk Dari China Terima Banyak Aduan Apabila 89 Juta Topeng Muka Yang Dihasilkan Tidak Berkualiti

Pegawai kerajaan di Beijing memaklumkan China telah merampas kira-kira 89 juta topeng muka yang dihasilkan dalam keadaan kurang berkualiti. Ini berikutan terlalu banyak aduan yang diterima daripada negara luar yang menerima topeng muka yang dieksport dari China.

Selain daripada topeng muka, China kini berdepan dengan pelbagai aduan tentang alat perlindungan diri (PPE) yang dihasilkan dalam keadaan tidak berkualiti. Kebanyakan aduan yang diterima mengenai PPE yang dihasilkan adalah yang digunakan oleh petugas perubatan dan pesakit COVID-19.

Advertisement

China kini sedang giat memeriksa pasaran mereka dan menyelia hasil kerja yang dilakukan sebelum dieksport ke negara luar. Pada Jumaat lalu, China telah memeriksa sebanyak 16 juta perniagaan dan merampas lebih 89 juta penutup hidung dan mulut serta 418,000 PPE lain.

Bukan saja topeng muka, malah China turut merampas pembasmi kuman yang kurang efektif.

topeng muka china

Menurut Timbalan Pengarah Pengawal Selia Pasar Pentabiran Negeri, Gan Lin, kerajaan China telah merampas pembasmi kuman yang didapati tidak berkesan dianggarkan bernilai 7.6 juta yuan (RM4.7 juta). China juga telah mengeluarkan peraturan baru di mana topeng muka bukan untuk kegunaan perubatan juga perlu menepati piawaian nasional dan antarabangsa.

Oleh kerana terlalu banyak aduan yang diterima dari negara luar, Kementerian Perdagangan China menegaskan para pengeksport harus membuat pengakuan bertulis tentang produk perubatan mereka memenuhi syarat keselamatan negara dihantar.

Langkah ini terpaksa dilaksanakan selepas beberapa negara seperti Sepanyol, Belanda, Republik Czech dan Turki terpaksa memulangkan kembali ratusan ribu penutup hidung dan mulut dan PPE tidak berkualiti diimport dari China. Pada minggu lalu, Kanada juga mendedahkan satu juta topeng muka yang dibeli dari China tidak memenuhi standard piawaian profesional penjagaan kesihatan.

Selain daripada masalah topeng muka yang tidak berkualiti, Sepanyol sebelum ini mendedahkan ‘test kit’ yang dibeli dari China tidak dapat digunakan. Keadaan ini telah menyusahkan para petugas perubatan apabila mereka terpaksa bergantung kepada ujian makmal yang memerlukan tempoh masa yang lebih lama dari biasa.

Artikel berkaitan: Sepanyol Pulangkan ‘Test Kit’ Bermasalah Dari China Yang Membuatkan Angka kematian Semakin Meningkat

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...