Produk Cetaphil Baby Baharu Dengan Calendula Organik Bantu Kulit Bayi Jadi Tenang Dan Sihat

Hiburan

Produk Cetaphil Baby Baharu Dengan Calendula Organik Bantu Kulit Bayi Jadi Tenang Dan Sihat

Siapa yang tak seronok apabila dikurniakan zuriat sendiri kan? Bayi yang lahir sebagai tanda kasih sayang dengan pasangan tercinta, sudah pasti ia merupakan anugerah paling tak ternilai yang dimiliki oleh anda. Disebabkan itu, anda pasti akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik sahaja kepadanya.

Banyak sebenarnya dilema yang merunsingkan ibu bapa dalam menjaga kesihatan bayi mereka tidak kisah dalaman mahupun fizikalnya. Antara masalah yang sering membelenggu ibu bapa yang berpengalaman atau pun yang baru ialah produk penjagaan kulit yang manja dan tidak memberi kesan kepada bayi mereka kan?

Advertisement

cetaphil baby dengan calendula oil

Disebabkan keluh kesah para ibu bapa ini, produk penjagaan dermatologi iaitu Cetaphil telah bertungkus lumus untuk mencipta rangkaian produk Cetaphil Baby yang baru dan lebih sesuai dengan keadaan kulit bayi yang lembut.

Nak tahu apa yang istimewanya? Produk Cetaphil Baby dengan Calendula Organik ini diperbuat daripada ekstrak calendula organik yang menenangkan dan berkesan melembabkan kulit halus si kecil agar sentiasa sihat dan selamat.

Rasanya semua mengetahui bahawa kulit bayi adalah lebih halus, mudah hilang lembapan dengan cepat dan lebih cenderung kepada masalah kulit dan kerengsaan berbanding orang dewasa. Jadinya para ibu bapa selayaknya berasa bimbang dengan kesihatan kulit anak kecil mereka.

cetaphil baby dengan calendula oil

Namun nyah segala kerisauan tersebut kerana dengan terlahirnya produk Cetaphil Baby dengan Calendula Organik ini, para ibu bapa sudah boleh menarik nafas lega kerana ianya dicipta khas untuk memastikan keselamatan dan kesihatan kulit para bayi dengan menyediakan kelembapan yang seampuhnya.

Lebih meyakinkan kerana rangkaian Cetaphil Baby dengan Calendula Organik ini dicipta oleh pakar kulit dan disyorkan oleh pakar pediatrik. Maka, para ibu bapa sudah tidak perlu gusar untuk menggunakannya bagi kebaikan anak kecil mereka.

Rangkaian ini merangkui tiga produk termasuk:

Cetaphil Baby Wash & Shampoo dengan Calendula Organik

A picture containing application Description automatically generated

Membersih secara lembut dan menjadikan kulit sentiasa terhidrat sehingga 8 jam lamanya.

Cetaphil Baby Daily Lotion dengan Calendula Organik

A picture containing toiletry, lotion, table, holding Description automatically generated

Melembabkan kulit halus bayi sehingga 24 jam serta memulihkan pelindung semula jadi kulit.

Cetaphil Baby Advanced Protection Cream dengan Calendula Organik

A picture containing toiletry, sitting, lotion, phone Description automatically generated

Menenangkan dan melindungi kulit yang sangat kering, kerengsaan dan merekah, walaupun di kawasan sensitif.

Para ibu bapa pastinya dah teruja untuk memiliki rangkaian produk Cetaphil Baby dengan Calendula Organik ini kan? Tak perlu susah-susah, anda boleh terus layari laman web Watsons untuk mendapatkan produk ini terus daripadanya. Senang kan?

Kulit bayi menjadi lebih tenang dengan Cetaphil Baby dengan Calendula Organik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...