Produk Berprestij Tinggi & Mewah! Koleksi L’Oréal Paris Matte Intense Volume Colour Riche Mampu Meningkatkan Keyakinan Wanita

Branded

Produk Berprestij Tinggi & Mewah! Koleksi L’Oréal Paris Matte Intense Volume Colour Riche Mampu Meningkatkan Keyakinan Wanita

L’Oréal Paris telah menyokong wanita untuk menemui nilai diri sejak tahun 1973 agar mereka dapat menjadi apa sahaja yang dimahukan. Malah misi jenama ini adalah menyediakan inspirasi, pengetahuan serta produk termaju supaya seseorang wanita itu menjadi yakin pada diri sendiri #BecauseYoureWorthIt.

loreal paris

Kembali melangkah kehadapan setelah L’Oréal Paris berkongsikan visi kecantikan mereka dengan dunia membina jenama, di mana kemewahan mampu dimiliki oleh setiap orang. Slogan I’m worth it mampu dirasai oleh setiap wanita seluruh dunia dan segala bermula dengan produk terunggul yang jelas kelihatan hasilnya.

loreal paris

Setiap produk memainkan peranan penting untuk meningkatkan keyakinan seseorang wanita. Untuk solekan, L’Oréal Paris percaya ia memberikan inspirasi serta semangat untuk individu bersuara.

Melalui inovasi terbaru L’Oréal Paris, mereka telah menggabungkan sains dan solekan di mana hasilnya adalah Koleksi Matte Intense Volume Colour Riche. Dengan gabungan dua aspek ini, terhasilnya satu produk berprestij tinggi, tekstur dinggini dan 6 warna yang mampu menaikkan keyakinan wanita.

loreal paris

Koleksi Matte Intense Volume Colour Riche mengeluarkan warna-warna pekat serta mewah ini juga menjanjikan ketahanan selama 16 jam di bibir serta diselitkan juga Asid Hyaluronik. Pembeli bukan saja boleh mendapatkan gincu yang mampu memberi kelembapan di bibir untuk jangka masa lama, malah ia juga tidak akan menyebabkan bibir merekah.

Sebagai rakan kongsi rasmi bersama Festival Filem Cannes selama 26 tahun, L’Oréal Paris turut meneruskan usaha mereka dalam menyokong wanita dalam pawagam sambil membawa kecantikannya di hadapan festival.

loreal paris

Difahamkan, produk penjagaan kulit, solekan dan rambut ikonik untuk para selebriti dan tetamu di red carpet Festival de Cannes pada tahun ini adalah the L’Oréal Paris Hyaluronic Acid Range, L’Oréal Paris Color Riche Intense Volume Matte Lipstick, L’Oréal Paris Infallible Fresh Wear Powder dan L’Oréal Paris Extraordinary Oil.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...