Produk Barang Kulit Menjadi Berkulat Ditinggalkan Terlalu Lama Di Kedai

Trending

Produk Barang Kulit Menjadi Berkulat Ditinggalkan Terlalu Lama Di Kedai

Bermula 18 Mac yang lalu, rakyat Malaysia telah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19. Tempoh PKP berlarutan selama dua bulan lamanya kini disambungkan pula kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun ini.

Oleh kerana premis perniagaan sudah kembali dibuka semasa PKPB ini, kebanyakan kedai telah menyambung semula operasi mereka dengan SOP yang perlu diikut. Mengejutkan apabila tular gambar produk barangan kulit yang bertukar menjadi kulat selepas ditinggalkan terlalu lama di kedai.

Advertisement

produk kulit berkulat

produk kulit berkulat

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, semua produk kulit yang dipamerkan di kedai menjadi berkulat pada hampir keseluruhan permukaan. Produk kulit seperti kasut, beg, tali pinggang, dompet malah tempat duduk juga berkulat akibat ditinggalkan begitu sahaja.

Ada juga netizen yang berpendapat kejadian ini berlaku kerana tiada sistem pengudaraan yang baik semasa produk ini ditinggalkan. Oleh kerana tiada alat penyaman udara yang dibuka menyebabkan tahap kelembapan menjadi tinggi membuatkan lebih senang barang kulit menjadi berkulat.

Kejadian ini juga tidak ada kena mengena dengan status asli produk barangan kulit tersebut kerana ianya bukanlah produk kulit tiruan seperti yang disangka. Keadaan ini juga boleh berlaku di mana-mana sahaja sekiranya ditinggalkan di dalam keadaan yang tidak sesuai.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...