“Produk Anda Punca Pesakit Saya Akan Mulakan Dialisis” – ‘Nutritionist’ Dedah Bahaya Minum ‘Coffee Shakes’ Untuk Kuruskan Badan

Kehidupan

“Produk Anda Punca Pesakit Saya Akan Mulakan Dialisis” – ‘Nutritionist’ Dedah Bahaya Minum ‘Coffee Shakes’ Untuk Kuruskan Badan

Menerusi Twitter, perkongsian seorang penceramah pakar pemakanan tentang salah seorang pesakitnya telah mendapat perhatian ramai.

Kata Jazeera Julaili, dia memohon maaf sekiranya hantaran tersebut tidak disenangi oleh mana-mana pengasas produk pelangsingan badan berasaskan minuman atau coffee shakes.

Advertisement

 

Minum coffee shakes, berjaya turun berat badan

Memulakan cerita, Jazeera berkata pesakitnya itu berusia 30-an dan kini menderita penyakit buah pinggang sehingga perlu melakukan dialisis.

Ujarnya, punca penyakit tersebut adalah daripada produk minuman yang mendakwa boleh melangsingkan badan yang diambi oleh pesakit itu sejak tahun 2022.

Beliau dah ambil coffee *** ni sejak 2022 lagi. Hilang berat badan dengan banyak, sekitar 10-20 kilogram.

dialisis

Ingatkan badan serasi dengan produk

Penurunan berat badan sebanyak itu membuatkan pesakitnya menyangka produk tersebut tidak mendatangkan apa-apa bahaya dan bekesan terhadapnya.

Namun, pada awal 2024 dia mula berasa tidak larat dan sentiasa rasa lemah dan apabila pemeriksaan dilakukan, keputusan menunjukkan tahap penapisan buah pingganya sudah rendah.

Bermula dari titik itu, kesihatan sentiasa on off. Sehinggalah beliau pitam dan terus dikejarkan ke bahagian kecemasan.

 

NOT KKM bukan bererti selamat

Sebagai kesedaran untuk orang ramai, Jazeera turut berkata pengasas yang sering mengakui produk mereka mempunyai ‘NOT KKM’ sebenarnya membuatkan ramai orang keliru.

Untuk pengetahuan, NOT KKM itu bukanlah penanda aras untuk membuktikan produk minuman pelangsingan badan yang dijual mereka selamat untuk diminum.

Tolonglah jangan. Itu notifikasi KKM untuk pastikan anda berdaftar je. Saya taknak salahkan sesiapa, risiko terletak pada tangan anda sendiri. Nak cuba, cubalah. Tapi beringat sebelum kena. Dapatkan nasihat pakar.

liptint produk tempatan tak bagus
2 years ago

"Menyesal Beli!" - Didakwa Jual Oksigen, Produk Kosmetik Tempatan 'Menipu' Pelanggan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...