Satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu menjadi tumpuan netizen gara-gara taktik penipuan yang dijalankan oleh peniaga kenderaan ‘second hand’.
Individu dedah taktik penjual kereta second hand
Difahamkan individu tersebut juga penjual kereta terpakai dan sering membantu orang ramai yang mengalami masalah berkaitan penipuan dan kerosakan kereta.
Dalam video tersebut, lelaki itu meneliti surat perjanjian ‘agreement’ pembelian kereta seorang wanita yang mengalami kerosakan dan mendapati dai telah ditipu dengan bayaran-bayaran tidak munasabah.
Yuran ‘merepek’ sehingga ribuan ringgit
Antaranya, bayaran Puspakon sebanyak RM1,500, yuran ‘transfer’ (RM2,800), ‘handling fee’ (RM600) selain turut ‘trick’ wanita tersebut dengan meletakkan nilai faedah seolah-olah 4% namun sebaliknya sebanyak 9%.
Ia sekaligus membuatkan wanita tersebut membayar lebih daripada sepatutnya berkali ganda.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap wanita itu kerana ditipu peniaga kenderaan terpakai yang menipu dan mengambil kesempatan.
Rata-rata netizen turut terkejut dengan ‘fee’ yang tidak munasabah dan ada juga yang tampil berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan situasi yang sama.
Pernah kena dulu kedai kat Kota Masai Johor, Kia Forte harga RM22K, bulanan RM900 selama 7 tahun. Dah bayar RM500 buat register loan konon.
Kenapa la tak survey dulu kak, naya sebulan Rm1,000.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.