[PRN 2023] TNB Jamin Bekalan Elektrik Stabil 12 Ogos Ini

Berita

[PRN 2023] TNB Jamin Bekalan Elektrik Stabil 12 Ogos Ini

Agensi Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan bahawa bekalan elektrik yang disalurkan kepada 3,214 pusat mengundi dan 180 pusat penjumlahan rasmi undi bagi negeri-negeri terlibat dalam pilihan raya negeri (PRN) esok, 12 Ogos, berada dalam keadaan stabil.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian, Wan Nazmy Wan Mahmood di mana pihak mereka telah menyediakan lebih 2,500 anggota kerja TNB yang berada dalam keadaan bersedia di bilik gerakan operasi ketika proses pengundian.

Advertisement

TNB telah pun melakukan persiapan awal dalam usaha memastikan aspek teknikal, operasi dan tunggu-sedia bekalan elektrik ke lokasi tersebut sentiasa terjamin.

Manakala lebih 198 lori jana kuasa bergerak dan 144 set janakuasa mudah alih turut disediakan sebagai persediaan untuk memberikan bekalan sekiranya diperlukan.

Situasi bekalan elektrik seluruh negara dipantau setiap masa sehingga proses penjumlahan rasmi undi yang dijangka berlanjutan sehingga tengah malam pada 12 Ogos atau awal pagi keesokan harinya.

Dalam pada itu, pihak mereka turut mengingatkan semua pihak agar mengelak daripada melakukan kerja pengorekan bawah tanah agar tidak mengganggu bekalan elektrik akibat kerosakan kabel.

Tambah Nazmy, mereka turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi setiap negeri bagi memastikan kelancaran hari pengundian. – Sinar Harian

Selain itu, korang boleh ikuti perkembangan Pilihan Raya Negeri 2023 (PRN2023) setiap negeri secara langsung di pautan khas di bawah!

Klik sini#MYStateElectionLiveUpdate 

My State Election

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...