Agensi Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan bahawa bekalan elektrik yang disalurkan kepada 3,214 pusat mengundi dan 180 pusat penjumlahan rasmi undi bagi negeri-negeri terlibat dalam pilihan raya negeri (PRN) esok, 12 Ogos, berada dalam keadaan stabil.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian, Wan Nazmy Wan Mahmood di mana pihak mereka telah menyediakan lebih 2,500 anggota kerja TNB yang berada dalam keadaan bersedia di bilik gerakan operasi ketika proses pengundian.
TNB telah pun melakukan persiapan awal dalam usaha memastikan aspek teknikal, operasi dan tunggu-sedia bekalan elektrik ke lokasi tersebut sentiasa terjamin.
TNB sentiasa bersedia bagi memastikan bekalan tenaga di semua 3214 Pusat Mengundi & 180 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor & Negeri Sembilan berada dalam keadaan baik semasa hari pengundian pada 12 Ogos nanti.
— Tenaga Nasional (@Tenaga_Nasional) August 11, 2023
Manakala lebih 198 lori jana kuasa bergerak dan 144 set janakuasa mudah alih turut disediakan sebagai persediaan untuk memberikan bekalan sekiranya diperlukan.
Situasi bekalan elektrik seluruh negara dipantau setiap masa sehingga proses penjumlahan rasmi undi yang dijangka berlanjutan sehingga tengah malam pada 12 Ogos atau awal pagi keesokan harinya.
Dalam pada itu, pihak mereka turut mengingatkan semua pihak agar mengelak daripada melakukan kerja pengorekan bawah tanah agar tidak mengganggu bekalan elektrik akibat kerosakan kabel.
Tambah Nazmy, mereka turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi setiap negeri bagi memastikan kelancaran hari pengundian. – Sinar Harian
Selain itu, korang boleh ikuti perkembangan Pilihan Raya Negeri 2023 (PRN2023) setiap negeri secara langsung di pautan khas di bawah!
Klik sini : #MYStateElectionLiveUpdate