Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed, meluahkan rasa terkilan selepas dituduh segelintir warganet kononnya gagal menjaga isterinya dengan baik.
Menurut Syed, dakwaan tersebut sangat tidak berasas kerana sepanjang perkahwinan, dia sentiasa berusaha menjadi suami yang bertanggungjawab dan penyayang.
Sekiranya apa yang saya katakan selama ini adalah bohong, saya akan menerima balasan pedih di dunia dan akhirat. Saya terlalu sayang isteri saya, saya tak boleh hidup jika tiada dia di sisi.
Syed berkata pengalaman pahit yang pernah menimpa kakaknya membuatkan dia lebih berhati-hati serta berusaha melindungi isterinya.
Namun, tuduhan yang menyamakan dirinya sebagai individu yang menyakiti isteri benar-benar membuatkannya kecewa.
“Dalam Dunia Ni Kalau Buat Jahat, Azab Dunia Pedih, Macam Mana Pula Akhirat” – Prince Syed
Bila ada yang samakan saya dengan lelaki yang suka menyeksa isteri, saya sangat terkilan. Saya sedaya upaya mahu jadi suami yang baik.
Syed berkongsi perkara itu menerusi podcast di saluran ikstudio.
Tidak Pernah Halang Isteri Jumpa Keluarga
Dalam masa sama, Syed menegaskan bahawa dia tidak pernah sekalipun menghalang isterinya daripada berjumpa keluarga sendiri.
“Siapa saya nak halang isteri? Kalau saya sendiri tak dapat jumpa keluarga, apa perasaan saya?”
Katanya, pelbagai kenyataan daripada pihak luar membuatkan ramai salah faham sehingga menimbulkan tekanan kepada mereka berdua.
Keluar macam-macam kenyataan daripada pihak lain sampai orang luar percaya. Saya dan isteri tertanya-tanya apa yang kami lakukan.
Syed berharap orang ramai tidak mudah menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui situasi sebenar antara dirinya dan keluarga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
